fast ice | air kukuh , ais lekap | Geologi | Tiada | Sebarang ais laut yang terbentuk di sepanjang, dan tinggal tersangkut di pantai, atau yang terbentuk di antara aisberg terkandas, atau yang tersangkut di dasar di dalam air cetek. |
bag fail-to-release detector | pengesan karung tersangkut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat elektronik untuk mengesan karung yang gagal dilepaskan dari konveyor rantai. |
outboard engine | enjin sangkut | Kejuruteraan | Tiada | Enjin bot yang tersangkut atau terjulur. |
flushing | penggelontoran | Hidrologi | Tiada | Pembuangan dengan aliran mendadak mendapan yang tersangkut dalam pembuluh, pengumbah atau tangki kerana halaju aliran yang tidak mencukupi. |
stuck | terlekat | Kejuruteraan | Petroleum | Keadaan berlakunya paip gerudi, selongsong dan lain-lain peranti tersangkut dan terlekat di dalam telaga. Kejadian ini mungkin terjadi semasa penggerudian, semasa penurunan selongsong ke dalam lubang, atau semasa paip gerudi diangkat naik. Terlekatnya alat-alat ini boleh disebabkan oleh keruntuhan, lubang telaga yang bengkok dan sebagainya. Sering kali diperlukan pemancingan untuk melepaskan alat-alat yang melekat itu. |
flushing | pancut; penggumbahan | Geologi | Tiada | Penggumbahan: Penyingkiran mendapan serpihan batuan atau puing lainnya yang tersangkut dengan menggunakan aliran air berhalaju tinggi; digunakan untuk membersihkan salur air dan lubang gerek gerudi. |
open hole fishing | pancing lubang terbuka | Kejuruteraan | Tiada | Pemerolehan semula alat yang terjatuh atau tersangkut di dalam telaga yang tidak berselongsong. |
anchor ice | ais jangkar | Geologi | Tiada | Ais yang terbentuk di bawah permukaan jasad air dan tersangkut pada dasar atau pada objek submuncul. |
affine space | ruang afin | Matematik | Tiada | Satah atau ruang tangen yang menyentuh sesuatu permukaan yang secara amnya dikatakan ruang vektor yang tersangkut pada satu titik pada permukaan itu. |
anchor ball | bola sauh | Pelayaran | Tiada | 1. Alat yang diikat dengan sauh buji dan ditembak ke arah susunan tali temali kapal supaya tersangkut semasa dalam kecemasan terutama ketika menyelamatkan diri.,2. Isyarat berbentuk sfera berukuran jejari 2 meter yang dinaikkan ke hadapan menandakan kapal sedang berlabuh. |