spread loss reinsurance | reinsurans kerugian tersebar | insurans | Tiada | Reinsurans lebihan yang setiap premium tahunan ditentukan berdasarkan jumlah kerugian lebihan syarikat mengesid untuk beberapa tahun kebelakangan yang ditetapkan. |
hydrosol | hidrosol | Fizik | Nanoteknologi | Koloid yang tersebar di dalam air. Koloid merupakan ampaian zarah halus bersaiz 1 nanometer - 1 mikrometer yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik yang tidak larut di dalam air. |
pandemic | pandemik | Kejururawatan | Tiada | Perihal wabak yang tersebar luas sehingga dihidapi ramai bilangan rakyat di negara yang berlainan. Contoh, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS). |
folklore | sastera rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Hasil sastera yang tersebar dalam kalangan rakyat biasa secara lisan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. |
moral panics | panik moral | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perasaan takut yang tersebar dalam kalangan orang ramai bahawa sesuatu peristiwa, orang atau kumpulan akan mengancam kesejahteraan masyarakat. Perasaan ini juga merupakan proses membangkitkan keprihatinan sosial tentang sesuatu isu. Contohnya, perasaan takut yang timbul akibat peningkatan kejadian rogol atau ragut. |
nanodispersion | nanopenyebaran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sistem pelbagai fasa nanozarah yang tersebar dalam pelbagai media sama ada pepejal, cecair atau gas. |
kempo | kempo | Sukan | Tiada | Seni mempertahankan diri yang berasal dari China, tersebar ke Jepun dan negara lain. |
association colloids | koloid asosiasi | Kimia | Tiada | Sistem mikroheterogen, iaitu zarah-zarah fasa tersebar koloid (misel) yang dibentuk oleh penggumpalan molekul atau ion bahan yang terlarut dalam medium penyebaran. |
coherence length | jarak koherens | Fizik | Nanoteknologi | Jarak berkesan sebarang gangguan setempat yang dapat tersebar dalam bahan superkonduktor. Jarak ini merupakan dimensi untuk pasangan elektron yang dikenali sebagai pasangan Cooper. Jarak ini adalah dalam julat 2 nm - 10(2) nm. |
colloid | koloid | Fizik | Nanoteknologi | Zarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air. |