pandemic | pandemik | Kejururawatan | Tiada | Perihal wabak yang tersebar luas sehingga dihidapi ramai bilangan rakyat di negara yang berlainan. Contoh, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS). |
Bacopa sp. | Bacopa sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tersebar luas dari kawasan tropika hingga ke kawasan subtropika. Tumbuh-tumbuhan ini merupakan jenis tumbuhan herba yang mempunyai daun-daun kecil di sepanjang pokoknya. Jenis-jenis Bacopa sp. termasuklah Bacopa caroliniana, Bacopa lanigera, Bacopa monniera dan Bacopa myriophylloides. |
Zingiberaceae | Zingiberaceae | Herba | Tiada | Famili tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan herba saka berbunga, beraroma dan berizom. Famili ini merangkumi 52 genera dan lebih daripada 1300 spesies yang tersebar luas ke bahagian tropika Afrika, Asia dan Amerika. Contohnya, halia, kunyit dan lengkuas. |
folk tale | cerita rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang disampaikan secara lisan dan biasanya berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan. Kebanyakan cerita rakyat mengandungi unsur fantasi, magis, dan bersifat tanpa masa dan tanpa tempat. Ceritanya pendek, tidak skematik, dengan gaya bahasa yang bersahaja seperti mitos dan legenda. Kadangkala, ceritanya panjang, skematik, dengan gaya bahasa yang stailistik dan formulaik seperti bentuk roman lipur lara atau cerita pari-pari. Kebanyakan cerita rakyat berbentuk prosa berbanding dengan cerita lipur lara yang bersifat separa prosa. Cerita rakyat terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya mitos, legenda, cerita binatang, cerita jenaka, cerita pari-pari atau lipur lara. Cerita rakyat yang amat popular dan tersebar luas dalam kalangan rakyat jelata ialah cerita jenaka seperti Pak Pandir, Lebai Malang, dan Si Luncai. Lihat juga formulaik. |
fable | cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudiannya berkembang di India dengan karya terkenal berjudul Panchatantran. Pengaruh Panchatantran tersebar luas ke Asia Barat. Justeru, muncul pula karya berjudul Kalila Wa Dimnah yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul, Khalilah dan Dimnah. Cerita binatang berkembang di Parsi, antaranya melalui karya Anvar-i Suhaili oleh Hussayn Wa�iz Khasifi. Karya ini mengandungi pelbagai cerita binatang seperti kisah burung, kucing, harimau, tikus, anjing, angsa, kala jengking, serigala, burung hantu, singa, helang dan lain-lain. Cerita binatang juga hidup subur dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak di Barat. Antaranya termasuklah koleksi cerita binatang oleh Thurber berjudul Fables for Our Time (1940), dan Jus So Stories oleh Rudyard Kipling (1902). Contoh cerita binatang dalam karya sastera Melayu yang terkenal ialah cerita Sang Kancil (Hikayat Sang Kancil) dan Pelanduk (Hikayat Pelanduk Jenaka). Kedua-dua hikayat ini merupakan cerita binatang asli Melayu yang telah wujud sejak zaman lisan dan masih terus dinikmati hingga hari ini. Cerita binatang juga dikenali sebagai dongeng binatang. Lihat juga fabel binatang. |
fairy tale | cerita pari-pari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti. |
territorial integrity | keutuhan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai . |