Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
faradfaradTeknikElektrikUnit kemuatan dalam sistem meter-kilogram-saat, yang bersamaan dengan ekmuatan sesebuah pemuat yang memperoleh 1 coulomb cas apabila beza upaya 1 volt dikenakan di antara plat-plat pemuat tersebut. 1 farad = 1 coulomb per volt. Simbol F.
joulejouleKimiaTiadaUnit tenaga dan kerja dalam sistem meter-kilogram-saat. Satu joule, J, merupakan kerja yang dilakukan apabila daya 1 newton menyesarkan titik tempat daya itu bertindak sejauh 1 meter mengikut arah tindakan daya mengikut arah tindakan daya tersebut. 1 joule juga ditakrifkan sebagai kerja yang dilakukan dalam masa 1 saat oleh arus 1 ampere yang mengalir melalui kerintangan 1 ohm.
Daniell cellsel DaniellFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanSel primer yang mempunyai daya gerak elektrik malar bernilai 1.1 volt dengan elektrod tembaga di dalam larutan kuprum sulfat dan elektrod zink dalam asid sulfurik cair atau zink sulfat. Kedua-dua larutan tersebut diasingkan oleh pemetakan berliang atau oleh graviti.
barrel equivalentsetara tongKejuruteraanPetroleumUnit yang digunakan di makmal untuk menilai dan menguji bendalir penggerudian, iaitu satu setara tong bendalir adalah setara dengan 350 ml bendalir tersebut. Sebagai contoh, 1 gram bahan, bila ditambahkan ke dalam 350 ml suatu bendalir, adalah setara dengan penambahan 1 paun bahan tersebut ke dalam 1 tong (42 gelen) bendalir tersebut.
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
Watson correlationkorelasi WatsonKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi yang meramalkan haba pengewapan pendam untuk suhu T jika haba pengewapan bahan tersebut diketahui pada suhu berlainan yang dianggarkan sebagai DH2/DH1 = [(1 � TR2)/(1 � TR1)]0.38 dengan DH = haba pengewapan pendam (J/mol), T = suhu (K), subskrip 2 = keadaan suhu diketahui, subskrip 1 = keadaan suhu diketahui, R = keadaan terturun.
direct-on-line starterpemula terus pada talianTeknikElektrikPemula motor yang paling ringkas yang menyambungkan bekalan terus ke motor tanpa mengurangkan arus atau voltan bekalan motor tersebut dengan menggunakan penyentuh. Pemula jenis ini sesuai untuk motor arus terus atau arus ulang-alik berukuran sederhana ke bawah (lebih kurang 1.1 kW).
decachorddekakordMuzikTiada

  

1.15pt;margin-bottom: 0cm;margin-left:19.8pt;margin-bottom:.0001pt;text-align:justify;line-height: 13.7pt;mso-line-height-rule:exactly;background:white">Serangkaian not yang mempunyai 10 klasifikasi pic dalam teori set. Contoh dekakord tersebut ialah (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9), (0, 11.75pt">2, 3, 4, 5, 6, 7, 8,10), (0, 1.65pt">1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 9, 10), (0, 1.75pt">1, 2, 3, 4, 5, 6, 8,9, 10), (0, 1.8pt">1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 9, 10) dan (0, I, 2, 1.65pt">3, 4, 6, 7, 8, 9, 10).

bytebaitTeknologi MaklumatTiadaSatu kelompok 8-bit yang kandungannya boleh dicapai terus sebagai suatu entiti iaitu huruf,nombor, atau aksara khas. Bait digunakan untuk menyatakan saiz suatu storan atau ingatan. Saiz ingatan biasanya dinyatakan dalam bait(B), kilobait(KB),megabait(MB), gigabait(GB), dan terabait(TB). Jadual di bawah menunjukkan sifir bait tersebut: Unit Saiz dalam bait 1 kilobait (KB) 1,024 (210) 1 megabait(MB) 1,048,576 (220) 1 gigabait(GB) 1,073,741,824 (230) 1 terabait(TB) 1,099,511,627,776 (240)
photfotFizikOptikUnit kecahayaan iaitu kecahayaan permukaan dengan keluasan 1 sentimeter persegi, dan pada permukaan tersebut terdapat fluks berluminositi 1 lumen. sentimeter kandela.
12345678910...

Kembali ke atas