Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.lin.dung] | ترسليندوڠ

Definisi : tertutup (dr pemandangan), tersorok, tersembunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selindung
Kata Terbitan : berselindung, terselindung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
covert channelsaluran terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data.
covert timing channelsaluran pemasaan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digunakan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik noktah pada mesej log masuk. Sekiranya wujud noktah, hal ini menunjukkan binari 1, sekiranya tiada, maka hal ini menunjukkan binari 0. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, noktah ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
covert storage channelsaluran storan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
mediated narrationpengisahan bermediasiKesusasteraanTiadaPengisahan yang meninggalkan kesan akan kehadiran pengisah atau penceritanya. Pengisahan bermediasi merupakan pengisahan yang nyata dan bukan terselindung, iaitu pengisahan yang mengutamakan diegesis dan pemberitahuan, lebih daripada mimesis. Lihat juga mimesis.
critical theoryteori kritikalSains PolitikPolitik PerbandinganRangkaian teori yang menyediakan alat analisis dan asas etika yang perlu untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang terselindung dalam masyarakat. Teori ini memberikan penjelasan konseptual yang mengambil kira pelbagai dimensi politik, ekonomi dan sosial dalam memberikan penjelasan dan penghuraian sesuatu fenomena sosial. Teori kritikal cuba mendedahkan masyarakat kepada fakta yang wujud dan mesti difahami oleh masyarakat berhubung dengan alam sosialnya. Teori ini mempunyai perkaitan idea dengan pemikiran Karl Marx, tetapi kemudiannya telah diubah suai oleh kelompok pemikir dari Sekolah Pemikiran Frankfurt, Jerman pada tahun 1923. Antara tokoh pemikir terulung aliran ini ialah Max Horkheimer (1895- 1973) dan Jurgen Habermas.

Kembali ke atas