Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.mat] | ترسمت

Definisi : 1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum: di dadanya ~ sebuah pingat yg menjadi kebanggaannya; 2. ki terletak, terpateri (dlm hati, ingatan, dll), terasa: tidak seorang pun antara kawan-kawannya yg mengetahui apa yg ~ di hatinya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.mat] | ترسمت

Definisi : 1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya. 2 ki terlekat dlm ingatan dll; teringat; terasa: Tiada sesiapa yg tahu akan apa yg ~ di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semat (kata nama)
Bersinonim dengan jarum, jarum peniti, peniti, cantel, pin, pasak, cemat;,
Kata Terbitan : menyemat, menyematkan, tersemat, sematan, penyemat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
levatorlevatorPerubatanTiada1. Sebarang otot untuk menaikkan organ atau struktur tempat ia tersemat.,2. Alat pembedahan yang digunakan untuk menaikkan ke atas fragmen tulang yang tertekan dalam fraktur tengkorak atau tulang lain.
linea albalinea albaPerubatanTiada1. Garisan tendinous memanjang pada dinding abdomen anterior, di antara dua otot rektus, tempat otot-otot abdomen rata tersemat.
semicircular canal;salur separuh bulatBiologiHistologi dan SitologiSebahagian struktur labirin pada kebanyakan telinga vertebrat, yang terdiri daripada tiga saluran – dua di antaranya menegak dan bersudut tepat dengan satu lagi yang mendatar. Sebarang pergerakan yang berlaku di bahagian kepala akan menyebabkan endolimfa yang terdapat di dalam salur ini bergerak dan seterusnya menggerakkan kopula gelatin yang tersemat pada bulu organ deria neuromasta pada ampula di dasar salur ini. Gerakan inilah yang menjadi punca deria saraf yang dibawa ke otak melalui saraf kranium kelapan. Salur ini berfungsi sebagai organ pengimbang dinamik.

Kembali ke atas