listed building | bangunan tersenarai | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
possess for sale | pemilikan untuk jualan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Perihal memiliki bahan yang tersenarai dalam Senarai Racun sama ada untuk dijual atau dipamer untuk jualan. Penjual atau pembekal bahan ini mesti mempunyai lesen racun yang bersesuaian. |
mandotory valuation reserve | rizab penilaian mandotari | insurans | Tiada | Rizab yang diperlukan untuk mengimbangi ketidakstabilan nilai sekuriti yang tersenarai sebagai aset yang dibenarkan. |
residual power | kuasa baki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang menjadi milik kerajaan pusat setelah pihak lain tidak menuntutnya. Fenomena ini banyak terjadi dalam negara persekutuan yang membahagikan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kuasa kerajaan negeri menjadi milik autonomi negeri dan tidak boleh diganggu oleh kerajaan pusat. Sekiranya terdapat bidang kuasa yang tidak tersenarai dalam senarai negeri atau pusat maka ia dikatakan sebagai kuasa baki dan lazimnya menjadi milik kerajaan pusat. Sinonim kuasa residual. |
Poll book | senarai pengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Senarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan. |
Hare and List System | Sistem Hare dan List | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dua jenis sistem yang diamalkan dalam sistem pengundian berkadar. Dalam Sistem Hare pengundi diberi senarai calon yang bertanding dan dikehendaki menandakan beberapa calon yang dipilih menurut susunan kesukaannya. Sistem ini telah menetapkan satu kuota jumlah undi yang diperlukan dan calon pilihan pertama pengundi yang telah memenuhi kuota ini akan terpilih. Walau bagaimanapun, undi lebihan yang diperolehnya tidak terbuang, sebaliknya boleh dipindahkan kepada calon lain dalam parti yang sama, yang tersenarai sebagai pilihan kedua oleh pengundi tersebut. Manakala dalam Sistem List pula pengundi diminta menyenaraikan calon mengikut susunan parti pilihannya. Sistem ini mementingkan identifikasi parti lebih daripada calon. Parti yang mendapat paling banyak pilihan dianggap menang dan parti tersebut akan mengagihkan kerusi yang dimenangi kepada calon mereka berdasarkan senarai yang disediakan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Ireland, Australia dan Afrika Selatan. |