Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sen.di.ri] | ترسنديري

Definisi : 1. tidak sama dgn yg lain, ter-asing: esei memerlukan satu gaya bahasa yg ~ iaitu gaya yg mudah dan sederhana; 2. tersisih (terpisah dll) drpd yg lain: pekerjaan-nya dapat dijalankan dlm suasana aman, senyap dan ~, sama spt bekerja di rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sen.di.ri] | ترسنديري

Definisi : terasing atau terpisah dr yg lain; tidak bersama atau tidak sama dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stand-alone buildingbangunan tersendiriKejuruteraanTiadaBangunan kediaman berdiri bebas yang menawarkan kemudahan minimum dan memenuhi keperluan asas. Bangunan ini biasanya dibina di kawasan berpusat.
voicesuaraKesusasteraanTiadaGaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka.
typetipaKesusasteraanTiadaSejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu.
troubadourtroubadourKesusasteraanTiadaGolongan yang menyampaikan puisi dengan irama tersendiri, sama ada dalam bentuk nyanyian atau lagu puisi. Troubadour mempunyai hubung kait dengan aktiviti sastera yang bergerak di Eropah meliputi negara Itali, Perancis, dan Sepanyol. Puisi troubadour dikatakan memberikan kesan kepada kemunculan puisi seperti zajal dan al-muwashshahah di Andalus. Troubadour dikenali juga sebagai pendendang kembara. Lihat juga al-muwashshahah, zajal.
landing pagelaman penambatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaLaman web tersendiri yang dicipta khusus untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran tanpa pautan lain. Laman web ini biasanya mempunyai satu muka halaman sahaja.
atomatomKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaZarah terkecil dalam jirim yang mempunyai ciri kimia tersendiri.
batch numbernombor kelompokHerbaTiadaKod yang terdiri daripada gabungan nombor dan huruf yang mempunyai ciri tersendiri. Nombor ini digunakan untuk mengecam satu kelompok yang terhasil dalam satu proses pengeluaran. Nombor kelompok perlu dinyatakan pada setiap label produk akhir dan ditulis dalam rekod kelompok dan sijil analisis. Sinonim nombor lot.
archetype definition language (ADL)bahasa definisi arketip (ADL)Teknologi Maklumate-KesihatanBahasa formal yang mempunyai sintaks yang tersendiri dalam membangunkan sebuah perisian yang boleh disunting secara manual menggunakan penyunting teks biasa. Perisian yang dibangunkan banyak digunakan dalam bidang perubatan dan kesihatan.
concretekonkritKesusasteraanPuisiPerihal puisi yang mempunyai bentuk yang jelas. Contohnya, pantun yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu rima akhir a b a b, setiap baris terdiri dari empat perkataan dan setiap perenggan mempunyai empat baris seperti pantun di bawah. Sinonim maujud. Ukir kandil benang seribu, Dara memintal bunga kiambang; Semasa kecil ditimang ibu, Bila besar ditimang gelombang. Pantai Rengit Teluk berlembah, Tarik sampan turun menuba; Walau langit dirasakan rendah, Tiadalah bulan jatuh ke riba.
new criticismkritikan baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menumpukan perhatian pada gaya karya sastera sebagai objek yang tersendiri. Kesusasteraan dilihat sebagai seni, bukan sebagai sejarah, falsafah, psikologi dan sebagainya. Perhatian diberikan kepada gaya dan cara membentuk isinya dengan tujuan menunjukkan bahawa wujud kesatuan antara kedua-dua unsur ini. Perhatian asas yang dititikberatkan adalah untuk menemukan nilai intrinsik dalam kesusasteraan dan menampilkan nilai tersebut kepada masyarakat pembaca. Konsep utama yang menjadi kunci bagi kritikan ini ialah pembicaraan soal makna dan perhubungan antara kata-kata, bahasa kiasan, simbol dan imej.
12345

Kembali ke atas