typosquatting | jebakan tipo | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Keadaan apabila pengguna web tersilap menaip ejaan nama domain semasa membuat carian lalu mereka didorong untuk melayari laman web lain yang serupa dengan nama domain yang didaftarkan dan terkenal. |
posted out of course (POOC) | pengeposan silap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cara mengepos surat yang tersilap misalnya memasukkan surat berdaftar ke dalam peti pos. |
fautes intentionelles ou seviles Per. | silap hasratan | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang terjadi disebabkan oleh kerana tersilap ucap dengan apa yang sebetulnya diinginkan. Contoh: cerita kenapa bangau kurus, sebenarnya ia meminta makan tujuh kali sehari tetapi terucapkan tujuh hari sekali. |
R-loop | gelung R | Bioteknologi | Tiada | Kawasan di dalam molekul DNA bebenang ganda dua yang salah satu bebenangnya tersilap kedudukan dan berpasangan dengan bebenang berkomplemen RNA. |
hamartia | hamartia | Kesusasteraan | Tiada | Kesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira tragis bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�. |
paracoustie (Bld.) | silap dengar | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang terjadi kerana silap dengar dalam tradisi lisan. Contoh: 1. Cerita orang yang meminta 'kuat kebal' tetapi tersilap dengar oleh hantu akhirnya diberinya 'kurap tebal'. 2. Kesilapan boleh berlaku ketika menulis cerita yang dituturkan oleh penutur secara lisan. |