Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sim.pan] | ترسيمڤن

Definisi : 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retained earningperolehan tersimpanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
expiratory reserve volumeisi padu simpanan ekspiratoriKejururawatanTiadaSejumlah udara yang masih tersimpan dalam paru-paru selepas ekspirasi normal.
seedbijiHerbaTiadaOrgan pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih.
disused sealed radioactive sources (DSRS)punca radioaktif terkedap terpakai (DSRS)Teknologi Ujian Tanpa MusnahTiadaSumber radioaktif yang tersimpan dan tidak lagi digunakan, serta tidak bertujuan untuk digunakan bagi amalan yang telah diberikan kebenaran. DSRS diuruskan sebagai sisa radioaktif.
safety deposit box insuranceinsurans peti deposit keselamataninsuransTiadaPolisi yang memberikan perlindungan ke atas kehilangan harta yang tersimpan dalam peti deposit keselamatan bank.
glycogenglikogenFizikNanoteknologiMolekul karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang berfungsi sebagai penyimpan tenaga dalam haiwan dan sel kulat yang biasanya tersimpan dalam hati atau otot. Karbohidrat tersebut merupakan molekul polisakarida bersaiz sekitar 150 nm dan didapati dalam bentuk granul dalam sitosol pada pelbagai jenis sel. Sel hati mempunyai kepekatan glikogen yang tertinggi, iaitu sehingga 8% terhadap berat segar hati yang normal atau 100g - 120g dalam orang dewasa.
charging currentarus pengecasanKimiaKimia Analisis1. Arus elektrik yang dialirkan dalam sel ketika proses pengecasan sedang dilakukan. Dalam proses ini tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kimia yang tersimpan dalam sel tersebut. 2. Arus elektrik yang terhasil daripada aliran elektron apabila proses pengecasan titisan raksa terhadap larutan berlaku dalam polarografi. Ia merupakan salah satu komponen arus baki. bd. arus baki.
biometrics authenticationpengesahan biometrikTeknologi Maklumate-KesihatanProses pengenalan keselamatan yang bergantung kepada ciri-ciri biologi yang unik bagi seseorang individu seperti cap jari, iris atau retina. Proses ini membandingkan data biometrik yang diperoleh dengan data yang tersimpan dalam pangkalan data untuk tujuan pengesahan. Pengesahan biometrik sering digunakan ketika seseorang individu hendak mencapai sumber digital dan fizikal seperti bangunan, bilik dan peranti yang canggih.
codexkodeksKesusasteraanTiadaBahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks.
loanable funddana boleh pinjamEkonomiTiadaDana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank.
12

Kembali ke atas