Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sing.kir] | ترسيڠکير

Definisi : 1. sudah disingkirkan (diber­hentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, di­jauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sing.kir] | ترسيڠکير

Definisi : (telah) disingkirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singkir
Kata Terbitan : menyingkir, tersingkir, penyingkiran,

Peribahasa

Sekali perahu lalu,
     sekali kiambang berkuak.

Bermaksud :

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lucky loserpekalah bertuahSukanTiadaPeserta yang telah tersingkir dalam pusingan awal sesuatu perlawanan tetapi berpeluang memasuki pusingan yang seterusnya bagi mengisi tempat disebabkan oleh peserta lain yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut.
haikuhaikuKesusasteraanTiadaSejenis puisi lirik Jepun yang ditulis dalam tiga baris, terdiri daripada 17 suku kata, iaitu lima suku kata pada baris pertama dan ketiga, serta tujuh suku kata pada baris kedua. Haiku bermula pada abad ke-16 dan berkembang maju di bawah pengaruh Matsuo Basho, penyair haiku terkenal Jepun. Matsuo menghasilkan karyanya sewaktu beliau berkelana dan bermeditasi. Haiku menampilkan fenomena atau unsur alam yang konkrit. Unsur ini menyarankan pengalaman dan realiti noumena yang abstrak. Haiku yang berjaya ialah haiku yang dapat menampilkan unsur keabadian dan unsur kesementeraan secara serentak dan harmonis. Contohnya, �Haiku Katak� oleh Basho yang amat terkenal dan telah diterjemahkan oleh Amir hamzah adalah seperti yang berikut: Paya tua beradu cendera, Tersingkir, sunyi, katak terjun, plung. Karya haiku lazimnya membangkitkan suatu kesan yang sublim dengan kesan rasa seperti wabi (kedaifan), sabi (kesafian) dan aware (kesementaraan) dalam kehidupan. Dalam haiku di atas, penghayatan terhadap kolam tua (dengan imej keabadian) yang ditampilkan seiring dengan gangguan lompatan katak menimbulkan kesan rasa kedaifan, kesepian dan kesementaraan. Sesungguhnya, haiku amat rapat dengan fahaman Zen Buddhism, dan haiku dianggap sebagai suatu cara untuk kembali kepada alam. Selain Basho, penyair haiku yang tersohor ialah Issa dan Buson. Di luar Jepun, haiku mempengaruhi penyair Barat, khususnya penyair imagis seperti Ezra Pound pada abad ke-20.

Kembali ke atas