pure loss cost ratio | nisbah kos kerugian tulen | insurans | Tiada | 1. Nisbah di antara kerugian reinsurans tertanggung dengan premium syarikat mengesid. 2. Nisbah kerugian insurans tertanggung dan diperuntukkan, ditolak perbelanjaan premium kasar terperoleh syarikat mengesid. |
losses incurred | kerugian tertanggung | insurans | Tiada | Jumlah kerugian berbayar atau belum berbayar yang ditanggung oleh insurer dalam tempoh tertentu. |
incurred losses | kerugian tertanggung | insurans | Tiada | Kerugian atau tuntutan insurans yang berlaku dalam tempoh insurans, tidak kira sama ada telah dibayar atau belum. |
assumed liability | liabiliti tertanggung | insurans | Tiada | Liabiliti pihak lain yang dipersetujui untuk ditanggung oleh syarikat insurans melalui kontrak bertulis atau kontrak secara lisan. |
incurred loss ratio | nisbah kerugian tertanggung | insurans | Tiada | Peratusan kerugian yang kena dibayar ke atas premium yang diperolehi. |
losses incurred but not reported | kerugian tertanggung belum lapor | insurans | Tiada | Kerugian yang telah berlaku tetapi belum dilaporkan kepada insurer atau reinsurer. Pada akhir setiap tempoh kewangan, insurer patut menyediakan rizab untuk menampung kos kerugian sedemikian. |
unreported claims | tuntutan tidak lapor | insurans | Tiada | lih. kerugian tertanggung belum lapor. |
loss ratio | nisbah kerugian | insurans | Tiada | Perbandingan di antara kerugian dengan premium berbayar. Pengatas (kerugian) adalah sama ada kerugian tertanggung atau kerugian berbayar dan pembawah (premium) adalah sama ada premium terperoleh atau bertulis, bergantung ke atas penggunaan nisbah kerugian tersebut. |
excess of lose ratio reinsurance | reinsurans lebihan kerugian bernisbah | insurans | Tiada | Reinsurans lebihan kerugian yang mengganti rugi syarikat mengesid terhadap amaun kerugian tertanggung bagi sesuatu masa, biasanya 12 bulan, melebihi sama ada: a. Satu amaun yang ditetapkan terlebih dahulu; atau b. Suatu peratusan tertentu daripada premium syarikat bagi jangka masa tersebut. |
loss reserve | rizab kerugian | insurans | Tiada | Anggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer. |