Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempatnya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ten.tu] | ترتنتو

Definisi : 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tertentu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bardbardaKesusasteraanTiadaSeniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga diiringi dengan alat muzik seperti rebab, seruling, dan belanga. Antara tokoh penglipur lara Melayu yang terkenal ialah Pawang Ana dan Mir Hasan di Perak dan Pak mahmud di Perlis. Lihat juga lipur lara.
allelealelPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSatu daripada sepasang gen yang terdapat pada suatu lokus tertentu dan pada kromosom tertentu serta mengawal ciri yang sama, seperti jenis darah atau rabun warna. Satu daripada berbilang bentuk gen alternatif yang sama atau lokus genetik yang sama (umumnya sekumpulan gen). Alel berbentuk alternatif gen bagi suatu sifat menghasilkan kesan yang berlainan. Alel juga dikenali sebagai alelomorf. Kebanyakan organisma berbilang sel mempunyai dua set kromosom, iaitu diploid yang dikenali sebagai kromosom homolog. Jika kedua-dua alel pada gen (atau lokus) di kromosom homolog mempunyai ciri yang sama, alel itu disebut sebagai homozigus. Jika cirinya berbeza, alel itu disebut sebagai heterozigus.
variable life insuranceinsurans hayat boleh ubahinsuransTiadaPolisi yang nilai mukanya berubah mengikut nilai indeks tertentu. Contoh: nilai tertentu seperti nilai indeks harga pengguna.
decodingmerungkai kodKesusasteraanTiadaProses interpretasi terhadap mesej oleh penerima mesej. Proses ini berdasarkan set peraturan yang tertentu atau kod bahasa tertentu, sama ada dalam bentuk pertuturan, tulisan, simbol atau visual. Istilah ini digunakan dalam semiologi. Lihat juga semiologi semiotik.
artificial inseminationpermanian beradasPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses mendepositkan semen ke dalam saluran pembiakan betina pada masa tertentu dengan menggunakan peralatan tertentu. Kaedah mendepositkan semen boleh dilakukan secara intravagina, intraserviks atau intrauterus.
hallow cathode lamplampu katod beronggaKimiaKimia AnalisisLampu nyahcas gas yang katodnya berbentuk silinder berongga dan diperbuat daripada logam tertentu. Ia memancarkan sinaran tertentu yang berupa garis resonans bagi unsur katod tersebut. Ia digunakan sebagai sumber sinaran dalam spektroskopi penyerapan atom.
tableautabloKesusasteraanTiadaFormasi tertentu yang dibentuk secara berkumpulan, terutamanya dalam drama dan tarian. Tablo membawa makna tertentu, iaitu menggambarkan detik sejarah, pertarungan, atau kesengsaraan. Formasi tablo bermula secara statik, kemudian pelakon bergerak membentuk formasi lain yang secara kolektif akan menyampaikan tema bagi keseluruhan persembahan. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.
ceilingsilingKesenianHiasan DalamanSuatu permukaan yang terdiri daripada bahan tertentu, yang dilekatkan pada struktur tertentu bagi menutup ruang di sebelah atas sesebuah bilik atau ruang. Siling merupakan sebahagian daripada elemen penting ruang dalaman yang dihias dengan pelbagai hiasan dan peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan penghawa dingin.
zoningpengezonanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembahagian kawasan tertentu yang dibuat berdasarkan ciri-ciri dan mengikut tujuan tertentu.
ceilingsilingMeteorologiTiada1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara.
12345678910...

Kembali ke atas