Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ting.gal] | ترتيڠݢل

Definisi : 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Angkuh terbawa,
     tampan tertinggal.

Bermaksud :

Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya. (Ejekan kepada orang yang suka bersolek).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cokekokFizikNanoteknologiSisa sel karbon yang tertinggal hasil daripada proses penyulingan arang. Kok mengandungi karbon sebagai komponen utama berserta beberapa bahan mineral dan sisa mudah meruap. Lapisan kok dalam bentuk filem tipis dapat meliputi permukaan rod pemangkin yang digunakan dalam proses pemecahan minyak mentah kepada gasolin dan menyebabkan fungsi pemangkin terencat.
sheath scarparut pelepahBuluhTiadaParut yang tertinggal pada batang kulma buluh selepas selaput kulma gugur.
pitting edemaedema lekukKejururawatanTiadaKesan lekuk yang tertinggal beberapa minit selepas ditekan dengan jari.
residual heathaba bakiSains NuklearKejuruteraan ReaktorHaba yang tertinggal di dalam objek atau sistem selepas punca haba diberhentikan atau dikeluarkan.
residual urineurin bakiKejururawatanTiadaJumlah air kencing yang tertinggal dalam pundi kencing selepas kencing.
residual magnetismmagnet bakiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMagnet yang masih tertinggal dalam alat magnet selepas arus elektrik yang menghasilkan magnet diputuskan.
elimination raceacara lumba singkirSukanLumba BasikalAcara balapan yang mengarahkan pelumba yang tertinggal di belakang supaya keluar,sehingga tinggal dua (2) pelumba untuk merebut tempat pertama.
non-extracted formbentuk tak terekstrakHerbaPeraturan dan PemasaranBentuk tak terlarut sesuatu tumbuhan yang tertinggal (sisa) selepas proses pengekstrakan. Bahan ini ada kalanya digunakan dalam pembuatan produk herba.
stud extractorpengekstrak stadKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk mengeluarkan bahagian bolt atau stad yang telah patah atau tertinggal di dalam lubang stad.
receiverpenerimaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas silinder yang menyimpan cecair pendingin daripada bahagian kondenser. Bekas ini juga digunakan untuk menyerap gelembung gas dan wap yang tertinggal dalam sistem selepas pembersihan dan pengeringan.
12

Kembali ke atas