critical point | takat genting | Kejuruteraan | Petroleum | Suhu tertinggi dan tekanan tertinggi yang terdapatnya fasa cecair dan fasa gas sesuatu bahan wujud bersama-sama dalam keadaan keseimbangan. Pada takat ini sifat-sifat fizikal cecair dan gas adalah serba sama sehingga tidak boleh dibezakan atau ditentukan di antara kedua-dua fasa berkenaan. |
risk index | indeks risiko | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbezaan antara kebenaran capaian tahap paling minimum kepada pengguna dalam sistem maklumat berautomasi dengan kebenaran capaian tahap tertinggi kepada pengguna tahap tertinggi dan pentadbir sistem maklumat tersebut. |
crown | puncak | Kejuruteraan | Tiada | 1. Titik tertinggi pada struktur gerbang. 2. Aras tertinggi keratan rentas jalan raya yang terletak di tengah-tengah berbanding aras kedua-dua bahagian tepi jalan. |
apex | mercu | Matematik | Tiada | Titik tertinggi sama ada dari suatu garis atau titik tertinggi dari suatu satah. RUJUK RAJAH M.S. 64 |
cerebral perfusion pressure (CPP) | tekanan perfusi serebrum (CPP) | Perubatan | Tiada | Tekanan yang menentukan pengaliran darah ke serebrum, yang dikira berdasarkan perbezaan antara tekanan darah arteri purata MAP) dengan nilai tertinggi intrakranial (MAP) dengan nilai tertinggi intrakranial (MAP) dengan nilai tertinggi intrakranial (CVP). Formulanya ialah CPP = MAP - ICP/CVP. Julat normal adalah antara 75 mmHg hingga 100 mmHg. |
double top | paras tinggi berganda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pola carta dalam analisis teknikal yang berbentuk W terbalik yang menunjukkan harga telah naik ke paras tertinggi kemudian turun, dan naik semula ke paras tertinggi yang sama sebelum jatuh semula. Bentuk ini menandakan arah aliran menurun akan bermula. |
ambassador | duta besar | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah. |
highest | tertinggi | Matematik | Tiada | Tiada |
Superscale | Tingkatan Tertinggi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
supreme | terutama/tertinggi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |