pressure treatment | rawatan tekanan | Buluh | Tiada | Kaedah merawat buluh dengan menggunakan tekanan agar larutan bahan pengawet tertolak masuk ke dalam struktur anatomi buluh. |
gear type pump | pam jenis gear | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pam minyak yang menggunakan sepasang gear untuk berputar. Apabila gear bersirat, minyak akan tertolak di antara gigi gear lalu keluar melalui alur keluar pam. |
squish | skuisy | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang dalam kebuk pembakaran pada sesetengah enjin yang ombohnya menghimpit sebahagian campuran udara-bahan api pada penghujung lejang mampatan. Ketika omboh mendekati pusat takat terakhir atas, campuran tersebut tertolak keluar dari ruang himpitan. Keadaan ini menghasilkan gelora yang menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna, seterusnya pembakaran lebih cekap terhasil. |