Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.tu.duh] | ترتودوه

Definisi : sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuduh
Kata Terbitan : menuduh, tuduh-menuduh, tertuduh, tuduhan, penuduh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discharge amounting to acquittal (DAA)lepas dan bebasUndang-undangTiadaTertuduh yang dilepaskan daripada pertuduhan semasa dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
discharge not amounting to acquittal (DNAA)lepas tanpa bebasUndang-undangTiadaTertuduh yang dilepaskan daripada pertuduhan semasa tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
habeas corpushabeas corpusSains PolitikPolitik PerbandinganProsedur yang dilaksanakan terhadap seseorang yang dituduh, diadili, disabitkan kesalahan atau dibebaskan. Mahkamah mempunyai kuasa memberi mandat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan pertuduhan ini. Melalui habeas corpusiini, seseorang yang ditahan itu berhak mendapatkan khidmat peguam dan dibawa ke meja pengadilan. Sebarang tahanan tanpa perbicaraan dianggap salah dan melanggar undang-undang. Dengan ini, dapat mengelakkan tertuduh daripada dipenjara tanpa arahan mahkamah. Tuntutan ini boleh dikemukakan oleh tertuduh sendiri, keluarganya atau pihak ketiga.
detective storycerita detektifKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan sesuatu jenayah. Contohnya pembunuhan, rogol, rasuah, pengedaran dadah dan rompakan. Jenayah diselesaikan oleh mata-mata gelap melalui bukti, maklumat dan petunjuk yang diselidik, dikumpulkan dan ditafsirkan secara munasabah atau diterima akal. Lumrahnya cerita detektif menghidangkan beberapa perkara, antaranya perlakuan jenayah yang dilaksanakan dengan cukup teliti, sukar dikesan dan penuh misteri, anggota polis yang kurang cekap, tertuduh yang jelas tidak bersalah tetapi disyaki, mata-mata gelap yang bijak, dan akhiran cerita yang di luar dugaan. Pada umumnya dalam cerita detektif, pembaca dan mata-mata gelap dipertemukan secara serentak dengan bukti-bukti jenayah. Seterusnya, bukti yang dipaparkan itu digunakan oleh mata-mata gelap untuk menyelesaikan jenayah yang diselidikinya. Bentuk cereka ini lebih menitikberatkan plot dan jalinan cerita yang bijak, rapi dan licin. Namun sesetengah cerita detektif mencipta protagonis yang kuat dan berkesan. Cerita detektif dianggap sebagai suatu bentuk cereka yang ringan untuk tujuan hiburan. Cerita berkaitan dengan jenayah dan keganasan dihasilkan sejak kurun ke-18, namun umum berpendapat bahawa karya Edgar Allan Poe, The Murders in the Rue Morgue (1841) merupakan titik bermulanya bentuk cereka ini. Antara penulis terkemuka ialah Sir Arthur conan Doyle, Agatha christle, Earl Stanley Gardner, P.D. James dan Carroll John Daly. Watak dalam cerita detektif yang terkenal ialah sherlock Holmes, Hercule Poirot, Race William dan Perry Mason. Contoh karya Melayu ialah Cincin Rahsia oleh Hashim Amir Hamzah, Izin dalam Paksa oleh Marwilis Haji Yusof, dan Siapakah Pembunuhnya oleh Abdullah Sidek. Contoh dalam sastera Arab ialah Yawmiyat Na�ib fi al-Aryaf Tawfiq al-Hakim.

Kembali ke atas