converted wave | gelombang terubah | Geologi | Tiada | Gelombangan seismos yang terubah daripada gelombang P kepada gelombang S atau sebaliknya melalui pemantulan atau pembiasan di antara muka. |
modified life insurance | insurans hayat terubah suai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi insurans hayat yang mempunyai premium terubah suai. Bagi tahun yang awal, premiumnya lebih rendah daripada biasa dan kemudiannya ditingkatkan lebih daripada biasa. |
modified atmospheric packaging (MAP) | pembungkusan atmosfera terubah suai (MAP) | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Kaedah pengawetan untuk memanjangkan jangka hayat produk makanan segar dengan mengubah suai komposisi udara atmosfera dalam pek pembungkusan. Kaedah ini akan mengurangkan jumlah oksigen dan menggantikannya dengan gas lengai seperti nitrogen atau karbon dioksida. Pembungkusan atmosfera terubah suai dapat melambatkan pertumbuhan organisma aerobik dan mencegah tindak balas pengoksidaan. |
genetically modified foods | makanan terubah suai genetik | Pertanian | Agroteknologi | Makanan yang dihasilkan daripada hasil tanaman yang telah melalui perubahan genetik dengan kaedah kejuruteraan genetik. Kebanyakan proses pengubahsuaian genetik dilakukan untuk meningkatkaan hasil tanaman tetapi ada juga yang bermatlamat untuk meningkatkan mutu pemakanan. Contohnya, padi daripada jenis Golden Rice telah diubah suai genetiknya untuk meningkatkan kandungan vitamin A. Tomato Flavr Savr merupakan makanan terubah suai genetik pertama yang dihasilkan pada tahun 1994, yang dapat memanjangkan tempoh pemasakan. Buah betik pula merupakan tanaman yang telah diubah suai genetiknya untuk meningkatkan rintangan daripada penyakit virus bintik berpusar. Jenis tanaman lain yang turut dilakukan pengubahsuaian genetik termasuklah kacang soya, jagung, gandum, minyak sayuran, kentang, kanola, dan minyak biji kapas. Tujuan pengubahsuaian genetik dilakukan adalah untuk memberi ketahanan kepada tanaman daripada serangan serangga, kulat, virus, racun rumput, selain untuk menukar kandungan nutrisi, memperbaiki rasa d |
modified | terubah suai; diubah suai | Fizik | Tiada | Tiada |
modified | terubah suai; diubah suai | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
genetically modified | terubah suai genetik | Pertanian | Agroteknologi | Sifat tanaman yang telah diubah suai bakanya melalui proses kejuruteraan genetik atau bioteknologi. Satu kaedah pengubahsuaian ini ialah dengan memindahkan gen daripada organisma lain kepada gen tanaman yang diubah suai supaya ia mendapat suatu ciri yang diingini. Contohnya, golden rice atau beras emas yang dihasilkan oleh Ingo Potrykus pada tahun 2000 telah diubah suai genetiknya dengan memasukkan gen daripada bunga daffodil kepada gen padi. Ubah suai genetik ini membolehkan pembentukan beta karotena yang boleh meningkatkan kandungan vitamin A dalam beras. Penghasilan jenis beras ini dapat mengatasi kekurangan vitamin A yang dialami lebih 190 juta kanak-kanak di seluruh dunia. Singkatan GM. |
modified ecosystem | ekosistem terubah | Geografi | Tiada | Tiada |
modified electrode | elektrod terubah suai | Kimia | Tiada | Tiada |
modified difference | beza terubah suai | Matematik | Tiada | Tiada |