Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.ja]/[ter.u.ja] | تراوجا

Definisi : timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang: “Saya berasa seronok dan ~,” kata seorang pemuda yg menyertai tunjuk perasaan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.ja]/[ter.u.ja] | تراوجا

Definisi : timbul minat, keinginan dsb yg kuat terhadap sesuatu; naik semangat: Sindrom itu menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan mudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teruja


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-quenchingpenswalindapanKimiaKimia AnalisisProses yang terhasil apabila molekul teruja berlanggar sama sendiri menyebabkan pemindahan tenaga tanpa berlaku sinaran. Kesan daripada proses ini menyebabkan penyimpangan negatif daripada kelinearan pada kepekatan tinggi.
wow factorfaktor wauUmumTiadaCiri menarik atau mengagumkan yang membuatkan seseorang berasa teruja atau terkejut.
resonance linesgaris resonansKimiaKimia AnalisisGaris yang terhasil daripada peralihan elektron dari keadaan teruja yang paling rendah yang dibenarkan kepada keadaan asas.
holelohongFizikNanoteknologiKekosongan yang ditinggalkan oleh elektron dalam jalur valens suatu pepejal semikonduktor apabila elektron valens teruja ke jalur konduksi. Lohong bersifat seperti zarah bercas positif elektron dan dapat bergerak untuk menghasilkan arus elektrik dalam arah yang bertentangan dengan arah arus elektron.
luminescencependarcahayaKimiaKimia AnalisisSinaran yang dihasilkan oleh atom atau molekul ketika molekul kembali ke keadaan asas daripada keadaan teruja akibat daripada penyerapan tenaga.
conduction velocityhalaju konduksiSains SukanBiomekanikHalaju impuls yang disebabkan oleh potensi aksi. Halaju ini merambat di sepanjang membran yang teruja. Lihat juga potensi aksi.
quenchingpelindapanKimiaKimia AnalisisProses pengurangan pendarfluor yang disebabkan oleh pengurangan kecekapan fotopendarcahaya. Ia boleh disebabkan oleh pelanggaran antara atom atau molekul teruja dengan atom atau molekul keadaan asas dan apabila adanya pertindihan antara panjang gelombang pancaran dan panjang gelombang serapan.
atomic absorption spectrophotometryspektroskopi penyerapan atomHerbaTiadaKaedah analisis komposisi bahan dan pengenalpastian logam melalui panjang gelombang sinaran yang diserap semasa atom atau molekul teruja oleh sumber tenaga luaran. Kaedah ini digunakan untuk mengukur kandungan ferum, kalsium, magnesium dan logam berat dalam bahan mentah atau produk herba.
atomic emission spectrophotometryspektrofotometri pemancaran atomHerbaTiadaKaedah analisis komposisi bahan dan pengenalpastian unsur melalui panjang gelombang sinaran yang dipancarkan semasa atom atau molekul yang teruja oleh sumber tenaga luaran yang kembali kepada keadaan asas. Kaedah ini biasanya digunakan untuk mengukur kandungan natrium dan kalium dalam bahan mentah dan produk herba.
photodynamic theraphyterapi fotodinamikFizikNanoteknologiTerapi bagi rawatan kanser yang melibatkan tiga komponen utama, iaitu pefotopeka, cahaya dan molekul oksigen. Pefotopeka ialah sebatian kimia yang dapat teruja oleh cahaya pada frekuensi tertentu, biasanya cahaya tampak atau inframerah dekat. Apabila pefotopeka berada berdekatan dengan molekul oksigen, tenaga akan dipindahkan dan menghasilkan molekul oksigen berkeadaan singlet. Oksigen singlet ialah bahan kimia yang agresif dan bertindak cepat dengan sebarang sel kanser.
12

Kembali ke atas