Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rum.bu] | ترومبو

Definisi : permatang batu atau pasir yg terdapat di bawah atau di atas permukaan laut; ~ karang terumbu yg terjadi drpd batu karang (biasanya kelihatan ketika air surut dan boleh mem­bahayakan kapal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rum.bu] | ترومبو

Definisi : batu karang di laut yg kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kpd kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terumbu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
backreefterumbu belakangSains MarinTiadaKawasan air cetek yang memanjang dari pantai ke puncak terumbu dan memisahkan terumbu belakang dari cerun laut. Terumbu belakang juga dikenali sebagai terumbu rata dan merupakan zon yang paling dekat dengan pantai.
fringing reefterumbu pinggirSains MarinTiadaTerumbu yang tumbuh di pesisir pantai berair cetek dan bersuhu suam. Terumbu pinggir juga agak muda berbanding dengan atol. Terumbu pinggir memerlukan banyak sumber cahaya matahari, dasar lautan yang sesuai, sumber nutrien yang rendah dan memerlukan air laut jernih untuk tumbesaran yang lebih baik. Terumbu jenis ini banyak dijumpai di kawasan Laut Caribean dan Laut Merah.
reefterumbuSains MarinTiadaGarisan batuan atau hamparan batu, pasir dan karang yang terletak di zon pasang surut air laut. Semasa air pasang, terumbu ditenggelami air dan terdedah semasa air surut. Kebanyakan terumbu dihasilkan daripada proses abiotik, iaitu pemendapan pasir, hakisan ombak dan proses semula jadi yang lain. Terumbu dapat ditemukan di laut dengan kedalaman rendah atau dangkal. Terumbu terdiri daripada endapan yang berupa batu kapur. Kandungan terumbu yang utama ialah kalsium karbonat (CaCO3). Terumbu yang paling terkenal ialah terumbu karang perairan tropika yang dihasilkan melalui proses biotik. Lihat juga terumbu karang.
reef flatpamah terumbuSains MarinTiadaKawasan terumbu yang sangat luas yang telah mengalami hakisan dan dilitupi puing-puing karang dan lopak-lopak batuan. Biasanya, pamah terumbu dimendapkan di sepanjang pinggir terumbu organik yang menghadap ke laut.
reef conglomeratekonglomerat terumbuSains MarinTiadaLapisan tebal detritus yang dimendapkan di sepanjang pinggir terumbu menghadap laut lepas. Sebahagian besar konglomerat terumbu terdiri daripada serpihan karang mati. Morfologi konglomerat sama ada berbentuk planar, bentuk pentas, atau bentuk strata condong (> 20 darjah) yang dikenali sebagai talus terumbu.
foreslopecerun depanSains MarinTiadaBahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut.
barrier reefterumbu sawarSains MarinTiadaTerumbu karang yang sempit dan panjang secara kasarnya selari dengan pesisir dan dipisahkan dari pesisir tersebut oleh lagun yang agak dalam dan lebar.
raised reefterumbu terangkatSains MarinTiadaKawasan terumbu yang terangkat akibat kenaikan dataran atau penurunan aras laut.
reef patchtompokan terumbuSains MarinTiadaKawasan pertumbuhan karang yang terbentuk secara bebas di pelantar yang kedalamannya kurang daripada 70 m, biasanya di lagun terumbu sawar atau atol.
coral reefterumbu karangSains MarinTiadaSatu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut.
12

Kembali ke atas