managed float | apungan terurus | Ekonomi | Tiada | Sistem yang digunakan oleh sesebuah negara yang membiarkan kadar pertukaran mata wangnya ditentukan oleh pasaran wang asing, kecuali dalam keadaan tertentu apabila autoriti kewangan negara itu campur tangan untuk mengurangkan turun naik kadar pertukaran yang bersifat jangka pendek. Autoriti kewangan tidak akan campur tangan sekiranya perubahan kadar pertukaran mata wang selari dengan arah aliran jangka panjang. |
managed fund | dana terurus | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
managed learning environment (MLE) | persekitaran pembelajaran terurus (MLE) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu konsep sistem pembelajaran yang menggabungkan semua aspek persekitaran pembelajaran maya dengan sistem pengurusan maklumat pelajar-pengajar menerusi sistem sokongan dalam talian bersepadu bagi menyediakan persekitaran komunikasi dan aktiviti yang lebih kaya dan beraneka. Contoh pelaksanaan MLE seperti Blackboard, Moodle dan Ultranet. Lihat juga persekitaran pembelajaran maya (VLE). |
learning event | peristiwa pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Aktiviti yang terancang dan terurus untuk membantu individu yang mengikuti bengkel, kursus, persidangan atau sesi kumulatif e-pembelajaran, kejurulatihan atau pementoran dengan mempelajari ilmu, kemahiran atau sikap baharu menerusi sesi aktiviti pembelajaran, latihan atau pembangunan yang telah diikuti dengan sepenuhnya. |
slum | sesak | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Bahagian bandar yang padat dengan bangunan, kualiti persekitaran yang rendah, kekurangan kemudahan awam dan penyelesa, tidak terancang dan terurus atau keadaan yang tidak sesuai untuk didiami. |
Aviation Industry Computer-Based Training Committee (AICC) | Jawatankuasa Latihan Industri Penerbangan Berasaskan Komputer (AICC) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sebuah organisasi antarabangsa yang mempelopori piawaian dalam pembangunan, penyampaian dan penilaian bahan latihan industri penerbangan berasaskan komputer. Piawai ini telah berkembang dan diterima pakai sebagai piawaian saling kendali kandungan e-pembelajaran dan telah menjadi asas kepada pembangunan piawai semasa seperti model rujukan kandungan objek boleh kongsi (SCORM), API pengalaman (xAPI) dan pengajaran terurus komputer 5 (CMI-5). |
dirty float | apungan kotor | Ekonomi | Tiada | Pentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus. |