Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrocarbonhidrokarbonBiologiEkologiSebatian organik yang hanya mengandungi karbon dan hidrogen, tetapi terdapat dalam berbagai-bagai kombinasi. Hidrokarbon dihasilkan, terutama olah bahan api fosil. Sesetengah hidrokarbon merupakan bahan pencemaran yang utama, sesetengah pula mungkin karsinogenik dan yang lain pula boleh menyebabkan kabut fotokimia.
tonguelidahVeterinarPraklinikalOrgan perasa yang diliputi epitelium skuamus berlapis yang mengandungi papila; terutama sekali pada permukaan dorsal. Semua haiwan bela jinak mempunyai papila filiform; fungiform dan sirkumvalat. Papila foliat pula hanya terdapat pada lidah kuda; babi dan anjing dan tidak terdapat pada haiwan bela jinak yang lain. Kesemua papila kecuali filiform mempunyai tunas perasa. Tunas perasa ini membantu haiwan memilih makanan yang mengandungi elemen yang kekurangan dalam badan. Pada sesetengah spesies haiwan; seperti lembu; katak dan biawak; lidah digunakan untuk mencengkam.
planting bedBatas penanamanPertanianAgronomi

Kawasan tanah yang dibentuk 10 hingga 20 cm lebih tinggi daripada kawasan sekeliling dan digunakan sebagai tapak menanam tanaman, terutama sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Batas digemburkan dan diratakan sebelum tanaman disemai. Tujuan membuat batas adalah untuk memudahkan saliran air supaya tanaman tidak mengalami banjir dan memudahkan kawalan rumpai dan pembajaan. Saiz batas adalah mengikut saiz kawasan dan jenis tanaman. Contohnya, batas untuk penanaman sayur dibuat setinggi 15 cm dan lebarnya 90 cm. Panjang batas pula adalah mengikut keluasan tanah dan jarak antara batas, iaitu 60 cm.

vitaminvitaminKimiaTiadaSebatian organik yang diperlukan oleh badan pada kadaran yang kecil dan penting untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit, dan pengawalan kesihatan badan. Vitamin tidak dapat disintesis oleh badan, kecuali vitamin D. Oleh itu, vitamin perlu diperoleh daripada sumber lain, terutama daripada makanan. Vitamin tidak menghasilkan tenaga, sebagaimana yang dihasilkan oleh karbohidrat dan lemak, dan tidak pula membentuk unit binaan untuk pembesaran, sebagaimana yang dilakukan oleh protein. Bagaimanapun, vitamin penting dalam pengubahan bentuk tenaga dan pengawalan metabolisme. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Jenis vitamin yang diketahui ialah vitamin A, B, C, d, E, dan K.
female genital systemsistem genital betinaVeterinarPraklinikalSistem yang terbahagi kepada dua bahagian; iaitu sistem genital luaran dan sistem genital dalaman. Sistem genital luaran terdiri daripada faraj sementara genital dalaman terdiri daripada vagina; serviks; badan uterus; tanduk uterus; tiub falopian (oviduk) dan ovari. Setiap struktur yang membentuk sistem genital betina mempunyai peranan dan fungsi tertentu terutama sekali semasa pengawanan; kebuntingan dan kelahiran. Contohnya; ovari menghasilkan ovum dan merembeskan hormon estrogen dan progesteron. Oviduk pula berperanan mengangkut ovum yang dibebaskan semasa pengovulatan ke tapak persenyawaan dalam oviduk. Serviks pula membuka semasa estrus dan kelahiran.
melodramamelodramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight.
noisehingarKomunikasiKorporatSebarang unsur yang boleh mengganggu proses komunikasi yang sedang berlangsung. Gangguan boleh wujud dalam bentuk elektronik, komunikasi antara manusia, atau komunikasi bertulis. Jenis gangguan dalam komunikasi elektronik wujud dalam bentuk gangguan elektrik, mekanik, atau persekitaran seperti bunyi jentera dan kenderaan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian maklumat secara elektronik terutama proses komunikasi yang menggunakan frekuensi elektromagnetik. Gangguan dalam komunikasi antara manusia boleh wujud dalam persekitaran semasa proses komunikasi berlaku. Contoh gangguan adalah seperti salakan anjing yang bertalu-talu, pergerakan di persekitaran yang tidak dijangka sema sesi ceramah berlangsung, atau penggunaan bahasa badan yang keterlaluan. Gangguan dalam komunikasi bertulis pula, boleh wujud seperti penggunaan ayat yang tidak lancar atau ayat yang bersambung-sambung yang dicetak pada halaman yang berbeza dan kelancaran ayat yang diganggu oleh kewujudan reka letak visual yang tidak sesuai. Secara
Eurycoma longifoliatongkat aliHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Simaroubaceae yang dikenali juga sebagai pasak bumi, setunjang bumi dan bedara pahit. Pokoknya bersaiz sederhana dan mempunyai daun majmuk pinat. Jambak bunganya terjuntai ke bawah dengan bunga kecil berwarna merah jambu dan buah berbentuk bujur. Sebatian kimia utamanya ialah eurikomanon, eurikomanol dan eurikomalakton terutama di bahagian akar. Tumbuhan ini hidup di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Akarnya digunakan sebagai tonik, afrodisiak, mengubati demam, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat sakit tulang, sakit kuning, cirit-birit, cirit-birit berdarah, masalah penghadaman, ubat cacing, ketegangan otot dan berpotensi merawat barah. Batangnya pula digunakan untuk merawat demam malaria dan kecacingan.
mechanic; mechanicsmekanikMekanikGunaan1. (mechanics) Ilmu sains fizikal yang memperkatakan keadaan (pegun atau bergeraknya) jisim yang ditindak oleh sistem daya dan tentang sistem daya yang menyebabkan keadaan itu. Secara ringkas, mekanik boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang kesan daya pada jasad yang ditindaknya. Mekanik boleh dibahagikan kepada cabang mekanik jasad tegar, mekanik jasad boleh ubah bentuk dan mekanik bendalir. Setiap cabang mekanik itu pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu statik dan dinamik. 2. (mechanics) Sains jentera, 3. (mechanic) Seseorang yang terlatih dalam bidang jentera, terutama sekali dari segi maali, dan mengamalkan ilmu itu sebagai suatu profesion.
stresstegasanMekanikGunaanKeamatan daya yang bertindak pada sesuatu kawasan, iaitu daya bagi setiap luas unit. Nilai tegasan diperoleh dengan membahagikan magnitud daya yang bertindak dengan luas medan tindakannya. Simbol yang digunakan untuk tegasan normal ialah s dan untuk tegasan ricih ialah t. Unit ukuran untuk tegasan ialah N.m-2. Perhatikan bahawa ‘tegasan’ mempunyai takrifan matematik yang sama dengan ‘tekanan’; menurut kelaziman, istilah tegasan digunakan untuk tindakan daya dalam anggota struktur manakala istilah tekanan pula digunakan untuk kes lain (terutama yang melibatkan bendalir). Lihat juga tekanan.

Kembali ke atas