Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tés.to.sté.ron] | تيستوستيرون

Definisi : (téstostéron) (Bio) hormon steroid lelaki, yg dihasilkan oleh testis atau dibuat secara sintetik, yg mengaruh dan memelihara ciri-ciri seks sekunder lelaki (spt pertumbuhan misai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tés.to.sté.ron] | تيستوستيرون

Definisi : /téstosteron/ ist hormon yg dihasilkan oleh testis, yg memelihara perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki, spt pertumbuhan misai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata testosteron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
testosterontestosteronPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon seks jantan yang utama dan merupakan steroid anabolik. Testosteron berperanan dalam perkembangan tisu organ pembiakan seperti testis dan kelenjar prostat serta mewujudkan ciri seks sekunder pada jantan seperti peningkatan jisim tulang dan otot.
anabolic agentagen anabolikVeterinarTiadaTestosteron atau hormon steroid yang serupa testosteron, yang merangsang anabolisme dalam badan.
anabolic agentagen anabolikKimiaTiadaTestosteron atau hormon steroid yang serupa testosteron, yang merangsang anabolisme dalam badan.
anabolic steroidsteroid anabolikFarmasiFarmakologiKumpulan bahan yang berasal dari bormon seks lelaki (testosteron) atau dihasilkan secara sintetik (terbitan testosteron sintetik:) yang mempunyai kesan anabolik yang kuat dankesan androgenik yang lemahsecara relatif.Steroid anabolik digunakan secara klinikal terutamanya untuk menggalakkan penyimpanan protein serta pertumbuban dan pembaikan tisu-tisubadan atau keadaan yang menggalakkan katabolisme atau pembaziran tisu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan badan secara umum, menghalang kesan estrogen endogenus atau mengalakkan kesan m.askulin (menyebabkan pertumbuhan tisu otot). Kesemua steroid anabolik menyebabkan kesan androgenik-anabolik yang bercampur-campur. Steroid anabolik digtmakan untuk merawat anemia aplastik, aplasia sel-merah dan anemia hemolitik, serta anemia yang berkait dengan kegagalan buah pinggang dan leukemia. Rawatan menggunakan steroid anabolik perlu dielakkan sekiranya diketahui tahap hipersensitiviti pesak:it, semasa kehamilan dan penyak:it serius yang berkaitan jantung, hati dan buah pinggang. Antara kesan buruk penggunaannya ialah akne, pertumbuhan bulu muka, dan suara menjadi garau serta dalam. Penggunaan yang berterusan oleh wanita boleh menyebabkan pembentukan otot yang nyata dan hirsutisme.
testosteronetestosteronKependudukanTiadaTiada
testosteronetestosteronVeterinarTiadaTiada
testosteronetestosteronPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
testosteronetestosteronPerubatanTiadaHormon jantina utama yang merangsang penghasilan sperma dan perkembangan organ jantina lelaki dan tingkah lakunya.
testosteronetestosteronBiologiFisiologiSejenis hormon androgen yang dihasilkan di dalam buah zakar haiwan vetebrat.
testosteronetestosteronKimiaBiokimiaHormon seks lelaki yang berbentuk hablur tanpa warna, larut di dalam kloroform, alkohol dan dioksin, dan mempunyai keaktifan yang lebih berbanding dengan androgen. Hormon yang dihasilkan oleh testis ini digunakan sebagai ubat, dan juga dalam penyelidikan biokimia.
123

Kembali ke atas