Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Intan dingin isinya dingin,
     Dingin tidak berbau lagi;
Puan ingin tiada ingin,
     Ingin tiada baharu lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Layang-layang putus talinya.

Bermaksud :

Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phosphore-scencependarfosforFizikOptikPendarcahaya yang masih wujud walaupun sumber penguja sudah tiada lagi.
air dryingpengeringan udaraKejuruteraanKejuruteraan MekanikKaedah mengeluarkan lembapan daripada bahan dengan cara mendedahkan bahan tersebut kepada udara sehingga tiada lagi lembapan yang dapat dibebaskan. Proses ini berlaku kerana olakan udara persekitaran bahan yang menyerap kelembapan daripada bahan tersebut. Proses pengeringan udara bergantung pada suhu dan kandungan kelembapan udara. Proses ini terjadi dalam dua peringkat, iaitu pertama dengan penyerapan kadar malar dan kedua penyerapan kadar menurun. Akhirnya kandungan kelembapan mencapai kandungan kelembapan genting. Proses ini boleh digunakan untuk mengeringkan bahan makanan.
after flowaliran lanjurFizikMekanikAliran cecair yang masih tetap wujud kerana pengaruh kelikatan, walaupun tindakan daya dari luar sudah tiada lagi. Aliran berlaku kerana pengenyalan cecair kepada keadaan asal, iaitu sebagai kesan daripada lesapan tenaga mekanik oleh kelikatan.
equilibrium moisture contentkeseimbangan kandungan kelembapanFarmasiFarmaseutikTakat akhir yang dicapai pada profil pengeringan. Berat akan menjadi tetap jika pengeringan diteruskan melampaui takat ini kerana tiada lagi kehilangan kelembapan yang akan berlaku.
fruit maturitykematangan buahBotaniTiadaPeringkat apabila buah telah mencapai saiz yang maksimum dan tiada lagi kadar pertambahan bahan kering. Bunga yang matang akan menjadi masak apabila melalui rangkaian enzimatik dan biokimia yang menghasilkan perubahan kepada kandungan kimia. Dalam proses pemasakan, sistem enzim lama akan terhenti dan enzim yang baru akan menghasilkan pelembutan, seterusnya menukarkan kanji kepada gula. Kandungan klorofil juga akan hilang, manakala xantofil dan karotena akan bertambah.
extinctionpenghapusanPsikologiPsikologi UmumProses atau kaedah yang mengurangkan kekuatan sesuatu respons dari segi magnitud atau kekerapan secara progresif sehingga pada akhirnya tiada lagi respons diperlihatkan atau dilakukan oleh responden yang terlibat. Dalam pelaziman klasik, respons yang terlazim akan menjadi lemah atau tidak diperlihatkan lagi apabila rangsangan terlazim yang diberikan kepada haiwan tidak lagi diikuti secara berulang kali dengan ganjaran tidak terlazim. Contohnya, sekiranya individu tidak memberikan haiwannya makanan selepas beberapa kali diberikan rangsangan terlazim seperti lampu, maka kemungkinan haiwan tersebut untuk tidak memberi respons terlazimnya adalah tinggi.
object reuseguna semula objekTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPemetaan semula suatu medium penyimpanan seperti sektor cakera, kerangka muka surat ingatan, dan pita magnet yang mengandungi satu atau lebih objek. Tujuan pemetaan ini untuk menerima data baru setelah memastikan tiada lagi data yang disimpan dalam objek berkenaan.
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.
metrical fillerspengisi matrisKesusasteraanTiadaSuku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�.
junksarapKejuruteraanTiada1. Maklumat atau perkakasan yang tidak berguna lagi atau ketinggalan zaman atau tidak berfungsi lagi.,2. Memadam atau menghapus dari storan, fail yang tidak digunakan lagi.
12345678910...

Kembali ke atas