Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


2°v´ | تياڠ

Definisi : 1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

2°v´ | تياڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang tegak utk menyangga bangunan (spt rumah, jambatan): ~ rumah itu belum didirikan lagi. 2 kayu dll yg didirikan tegak utk sesuatu tujuan: ~ bendera; ~ gol; ~ layar; ~ seri tiang rumah yg mula-mula di­dirikan yg letaknya di tengah-tengah rumah. 3 ki sesuatu yg menjadi tonggak atau pokok kekuatan dll: Pemuda ha­rapan bangsa, pemudi ~ negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Bermaksud :

Kawan menjadi lawan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tiang seritiang seriKesenianHiasan DalamanTiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan.
arcadearkedKesenianHiasan DalamanRuang yang terbentuk hasil daripada susunan gerbang yang disokong dan dilindungi oleh tiang-tiang di kanan dan kiri dinding. Pada asalnya, ruang ini merupakan ruang laluan awam yang tidak berbumbung yang terletak di luar bangunan.
Doric ordersusunan DorikKesenianHiasan DalamanSusunan tiang yang dibentuk dalam seni bina klasik Greek. Susunan Dorik merupakan bentuk susunan yang paling awal dan termudah dalam siri susunan tiang klasik. Pada asalnya, tiang Dorik terdiri daripada tiang yang mempunyai batang yang besar pada bahagian bawah dan ditegakkan di atas permukaan lantai kuil tanpa menggunakan tapak. Terdapat juga susunan yang terdiri daripada batang yang mempunyai 20 alur menegak. Tiang Dorik mempunyai kepala tiang yang mudah sebagai penyokong kepada abakus dan rasuk di entablatur. Contohnya, tiang Dorik yang terawal terdapat di kuil di daerah Magna Graecia, Selatan Itali.
composite ordersusunan kompositKesenianHiasan DalamanSusunan yang terbentuk daripada gabungan kepala tiang Ionik dan tiang Corinthia. Motif daun akantus yang terdapat di tiang Corinthia, yang sememangnya mempunyai elemen skrol menyebabkan gabungan tersebut tidak dapat dibezakan atau dikenal pasti. Nisbah ketinggian tiang dengan lebar tiang ialah 11:1 atau 12:1.
Tuscan ordersusunan TuscanKesenianHiasan DalamanSusunan yang terbentuk daripada reka bentuk yang ringkas dan mempunyai tapak serta kepala tiang. Susunan ini dikenali sebagai tiang Dorik Rom. Batang tiang tidak menggunakan unsur jalur seperti yang terdapat pada tiang Ionik dan Corinthia. Ukuran dan ketinggian tiang ini diasaskan pada perkadaran yang tidak tetap, tetapi kebanyakannya hampir sama dengan tiang Dorik dan tiang Ionik.
columntiangKesenianHiasan DalamanKomponen binaan utama yang berbentuk memanjang secara menegak berfungsi untuk membawa beban atau penyokong unsur di atasnya. Tiang diperbuat daripada kayu, logam, konkrit dan sebarang bahan yang mampu membawa beban. Tiang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepala, batang dan tapak. Dalam seni bina klasik dan purba Greek, terdapat beberapa bentuk atau susunan tiang yang dibentuk berasaskan pengiraan perkadaran yang tertentu, iaitu Dorik, Ionik dan Corinthia. Selain susunan tersebut, terdapat dua jenis susunan lain, iaitu Tuscan dan Komposit yang diperkenalkan di Rom. Tiang Mesir sering dihiasi dengan motif bunga, daun dan figura yang melambangkan aspek ketuhanan, manakala tiang kelompok terdiri daripada tiga atau empat batang tiang yang disusun rapat. Tiang berpintal banyak digunakan pada zaman Romanesque bagi mewujudkan suasana indah dan mewah.
plinthbanir tiangKesenianHiasan DalamanBahagian bawah tiang atau kaki pelapik yang berbentuk segi empat dan diperbuat daripada kayu atau batu. Banir tiang juga merupakan tapak kepada tiang, ambang pintu atau penyokong arca.
abacusabakusKesenianHiasan DalamanKepingan batu leper berbentuk segi empat, serong dan berkumai yang diletakkan di bahagian kepala tiang, berfungsi sebagai pelapik untuk menyokong beban di atasnya. Abakus atau penutup tiang ini diperlukan kerana tiang dalam seni bina klasik bersifat lompong. Lihat juga tiang.
Corinthian ordersusunan CorinthiaKesenianHiasan DalamanSusunan tiang yang dipenuhi dengan hiasan pada zaman Greek Purba dan seni bina Rom. Susunan ini terdiri daripada tiang yang berjalur dan kepala tiang yang dihiasi dengan kerawang daun akantus dan skrol. Nama asal Corinthia diambil bersempena nama sebuah bandar di Greek yang bernama Corinth. Namun, susunan Corinthia ini jarang digunakan dalam seni bina Greek, sebaliknya binaan ini banyak digunakan di Athens. Contohnya, tiang Corinthia tertua terdapat di Kuil Apolla Epicurius, Arcadia.
Ionic ordersusunan IonikKesenianHiasan DalamanSusunan yang diperkenalkan pada pertengahan kurun ke-6 sebelum Masihi di Lonia, Greek. Batang tiang susunan Ionik adalah lebih runcing daripada tiang Dorik dan mempunyai tapak sebagai pemisah kepada batang dan permukaan lantai. Unsur tiang Ionik yang paling jelas ialah penggunaan bentuk skrol di kepala tiang Ionik.
1234567

Kembali ke atas