Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.rap] | تيارڤ

Definisi : bertiarap = meniarap; meniarap berbaring dgn dada dan perut di bawah, menelungkup (lwn menelentang): ia ~ di katil dan menyembamkan mukanya ke bantal; meniarapkan membaringkan (merebahkan, meletakkan, dll) dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah, menelungkupkan: Pak Imam menelungkupkan kedua-dua belah tangannya dan para jemputan turut ~ tangan masing-masing; ia ~ pinggan mang­kuk yg baru dicuci supaya kering; tertiarap jatuh, rebah, dll dgn bahagian depan (atas) ke bawah, tertelungkup, tengkurap: dia gelisah, kadang-kadang ~, kadang-kadang terlentang memandang bumbung; biar ter­sen­get jangan ~ prb lebih baik rugi sedikit drpd habis semua sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.rap] | تيارڤ

Definisi : ; meniarap merebahkan diri dgn dada, perut serta muka di sebelah bawah; menelungkup: Dia ~ di atas katil. meniarapkan meletakkan sesuatu dgn bahagian depan atau bahagian atasnya ke bawah; menelungkupkan: Dia ~ pinggan mangkuk yg baru dicucinya di atas meja. tertiarap jatuh dsb dgn bahagian depan atau bahagian atas ke bawah; telah (sudah) ditiarapkan: Budak itu jatuh ~ di atas padang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiarap
Kata Terbitan : meniarap, meniarapkan, tertiarap,

Puisi
 

Kalau putih kata putih,
     Kanda sudah jatuh tiarap;
Kalau boleh kata boleh,
     Mudah saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pronetiarapPendidikanTiadaTiada
pronetiarapPerubatanTiadaTiada
pronetiarapPentadbiran PerniagaanTiadaBerbaring dengan muka ke arah bawah.
prone floatapung tiarapSukanTiadaApung dengan muka menghadap dasar kolam. Tangan dan kaki dilunjurkan.
prone behaviourtingkah laku tiarapPendidikanTiadaTiada
prone kick glideluncur tendang tiarapPendidikanTiadaTiada
prone kick glideluncur tendang tiarapSukanTiadaTiada
star floatapung bintangSukanTiadaApung dalam keadaan tiarap. Tangan mendepa dan kaki mengangkang.

Kembali ke atas