Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
program flawkepincangan atur caraTeknologi MaklumatPerisianAtur cara yang tidak sempurna, contohnya tidak mengikut spesifikasi pengguna, tidak bebas daripada sebarang ralat atau tidak berfungsi dengan baik.
ionionKimiaTiadaAtom atau molekul yang kehilangan elektron atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom atau molekul kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom atau molekul menerima elektron. Ion positif disebut kation dan ion negatif disebut anion. Ion tidak bebas bergerak dalam keadaan pepejal tetapi bebas bergerak dalam keadaan lebur atau di dalam larutan. Misalnya, klorida, CI-, nitrat, NO3-, natrium, Na+ dan ammonium, NH4+. Lihat juga anion, kation.
free-free absorptionpenyerapan bebas-bebasMatematikTiadaProses penyerapan yang berlaku apabila satu elektron bebas yang tidak terikat kepada atom atau ion menyerap satu foton sinaran dan berpindah menjadi tenaga yang lebih tinggi: perbezaan antara tenaga elektron akhir dengan tenaga elektron awal bersamaan dengan tenaga foton.
freebebasPerubatanTiadaTidak terikat pada sesuatu, misalnya organisma yang hidup bebas, tidak sebagai parasit atau simbiosis.
freebebasKejuruteraanTiadaTidak terikat pada sesuatu, misalnya organisma yang hidup bebas, tidak sebagai parasit atau simbiosis.
civil service neutralitykeberkecualian perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh.

antioxidantbahan antioksidaHerbaFitokimiaBahan yang melindungi tisu daripada kerosakan dengan melenyapkan radikal bebas. Bahan ini mendermakan elektron kepada radikal bebas dan menjadikan radikal bebas tersebut tidak aktif.
free atomatom bebasKimiaTiadaAtom yang tidak terikat. Atom bebas boleh wujud pada suhu tinggi. Misalnya, atom bebas hidrogen terhasil daripada molekul hidrogen pada suhu tinggi: H2(g) →2H(g).
free radicalradikal bebasHerbaFitokimiaMolekul atau pecahan molekul yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan pada salah satu atomnya. Contohnya, radikal bebas yang dihasilkan daripada pengautooksidaan. Radikal bebas biasanya sangat reaktif dan berhayat pendek. Kehadiran radikal bebas yang terlalu banyak dan tidak terkawal dalam sistem biologi boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
free indirect stylewacana bebas tak langsungKesusasteraanTiadaTeknik pengarang menyampaikan pemikiran dan ujaran watak secara tidak langsung dari sudut pandangan watak, seolah-oleh disampaikan sendiri oleh watak. Teknik ini menggabungkan ciri-ciri ujaran secara langsung daripada seorang watak dengan ciri-ciri ujaran tidak langsung seorang pengarang. Contohnya, ujaran bebas langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, �Aku r?s? diriku tersisih. Perset?nk?n merek?!� Contoh ujaran bebas tidak langsung dalam novel, �F?tim?h berk?t?, dirinya tersisih. Perset?nkan merek?!�
12345678910...

Kembali ke atas