antisocial personality disorder | kecelaruan personaliti antisosial | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu bentuk kecelaruan apabila individu tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah dan sentiasa menafikan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga tiada belas kasihan serta tidak berasa bersalah terhadap tindakan yang dilakukan. Mereka sering memanipulasi situasi atau pemikiran orang lain, bersifat menentang dan melayan orang lain dengan kasar. Mereka juga sering melanggar undang-undang seterusnya melakukan jenayah. |
sensory deprivation | deprivasi deria | Psikologi | Tiada | Proses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang. |
placebo | plasebo | Herba | Fitoterapi | Bahan yang tidak memberikan kesan kepada penyakit atau prosedur perubatan yang bukan bertujuan untuk terapi. Plasebo hanya boleh mempengaruhi anggapan subjektif pesakit terhadap gejala penyakitnya. Oleh itu, plasebo kadangkala membuatkan pesakit berasa lega daripada sakit yang dihadapinya. |
psychosomatic disorder | gangguan psikosomatik | Perubatan | Psikiatri | Penyakit psikiatri apabila seseorang mengalami gejala fizikal yang menyebabkannya berasa tertekan berpunca daripada konflik psikologi. Walau bagaimanapun, gejala fizikal tersebut tidak dapat dibuktikan dengan pemeriksaan fizikal dan ujian. Sinonim psychosomatic illness. |
social isolation | pemencilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya. |
scribal error | kesilapan penyurat | Kesusasteraan | Tiada | Kesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap. |
mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau pandangan tuan (terhormat), usahakanlah kerja-kerja seorang hamba�. Pengaruh puisi mulamma� ditemui juga dalam sajak Melayu moden. Contohnya dalam petikan sajak Rizi S.S. yang berjudul �Selamat tinggal Alma Materku� (Pilar-pilar Widuri): �Yakin penuh, wa-yarzuqhu, min haythu la-yahtiasib, biarkan daku, berbakti di mana saja�. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab yang dipetik daripada al-Qur�an, Surah al-Talaq, ayat 3: Ertinya: Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya... Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam petikan sajak nasihat oleh Rizi S.S. yang berjudul �Ah ! Apalah� (Pilar-pilar Widuri): Rizi ba duza-i �umr maghrur mabash, Bunyad-I tu nisti ast ma�mur mabash, Har chand duktur u datu� ustadat khwanand, Ay khak ba in ghubar masrur mabash. Bait yang dicondongkan menggunakan bahasa Parsi yang bererti: Rizi! Usah bangga, tempoh usia yang singkat ini, asasmu pada ketidakwujudan berasa makmur, jangan begitu, Orang mungkin menggelarmu, Doktor, Dato� dan Profesor, Duhai bumi! Usahlah gembira dengan debu yang berterbangan. |
ecriture | ecriture | Kesusasteraan | Tiada | Penulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti �penulisan� tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat. |
metaphor | metafora | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya �The Eye of Day� ialah metafora kepada �The Sun� yang membandingkan dua objek yang berbeza, �eye� dengan �sun�. Dalam sajak Chairil Anwar, �Aku� pada baris �Aku binatang jalang�, daripada kumpulannya terbuang, �binatang jalang� ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, �Because I Could Non Stop Death� oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi �Syair Perahu� oleh Hamzah Fansuri ialah metafora lunjuran kepada perjalanan roh manusia mencari Tuhan. Metafora usang pula merupakan metafora yang telah basi dan klise kerana terlalu kerap digunakan. Contoh metafora usang ialah �kumbang� untuk lelaki dan �bunga� untuk perempuan. Contoh metafora lain ialah tajuk novel Perahu Waktu karya Supaat I. Latief. Ungkapan �perahu waktu� merupakan metafora kerana ungkapan ini menggabungkan unsur nyata (perahu) dan tidak nyata (waktu). Unsur metafora, iaitu �serpihan sabar� dan �selumbar harapan� ditemui dalam sajak bertajuk �Bubu� oleh Mohd Amran Daud: �... dalamnya hanyalah serpihan sabar. Sabar yang tertancap oleh selumbar harapan. Harapan yang bergayut di pucuk gelora. Dan gelora yang rakus menghempas pantai usia�. Lihat juga simile. |
existentialism | eksistensialisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang. |