dictator | diktator | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an. |
civil rights | hak awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan. |