ordinary gear train | rangkaian gear biasa | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Susunan beberapa gear yang saling berkait antara satu sama lain dengan semua paksi tetap yang berada dalam keadaan yang tidak berganjak relatif terhadap kerangka. Rangkaian gear biasa boleh digunakan dalam mesin larik dan unit pacuan mesin tambahan pada kenderaan berat. |
dead load | beban mati | Kejuruteraan | Tiada | 1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah.,2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan. |
dead load | beban mati | Kesenian | Seni Bina | 1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah. 2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan, seperti lantai, bumbung, tiang dan sebagainya. |
delusion | delusi | Perubatan | Tiada | Kepercayaan peribadi yang salah dan yang berasaskan tanggapan yang silap tentang keadaan sebenar. Individu yang mengalami keadaan ini tidak berganjak daripada pegangannya walaupun kepercayaannya dapat dibuktikan salah. Keadaan ini biasanya dialami oleh pesakit mental, misalnya pesakit skizofrenia dan paranoia. Takrifan ini tidak berkaitan pun dengan kepercayaan agama. |