Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang tidak,
     Pinang muda dalam bilik;
Kasih tidak kenang tidak,
     Saja hamba berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(748)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ineffective gas exchangeketakberkesanan pertukaran gasKejururawatanTiadaPenyerapan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida yang tidak berkesan antara alveolus paru-paru dengan sistem vaskular.
Varian of High Consequence (VOHC)Varian Bernatijah TinggiKesihatan AwamTiadaVarian COVID-19 yang mempunyai ciri-ciri seperti tidak dapat dikesan melalui ujian pengesanan sedia ada. Kebanyakan rawatan dan vaksin sedia ada tidak berkesan untuk melawan varian ini. Varian ini boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk dan kadar kemasukan ke hospital yang lebih tinggi.
despairputus asaKejururawatanTiadaPerasaan hilang harapan atau kecewa yang dialami oleh pesakit kerana menghidap penyakit yang tidak ada rawatan yang berkesan.
zombie bankbank zombiPerbankanTiadaInstitusi kewangan yang tidak lagi mampu beroperasi dengan normal dan berkesan, tetapi masih bertahan kerana bantuan kerajaan atau sokongan kewangan dari sumber lain.
brake mean effective pressuretekanan berkesan purata brekKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan yang bertindak atas omboh dan menghasilkan kuasa brek output yang mewakili kuasa sebenar yang dihantar ke aci engkol. Tekanan ini tidak mengambil kira geseran yang ber- laku pada aksesori enjin. Nilai ini digunakan sebagai penunjuk kilasan dan biasanya diukur dengan menggunakan brek dinamometer pada tapak uji enjin.
substance puricationpenulenan zatKimiaKimia AnalisisSuatu kaedah yang berkesan dalam penulenan logam-logam tertentu. Penulenan kuprum merupakan contoh penulenan yang dilakukan secara besar-besaran. Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod dalam rendaman asid sulfurik dan kuprum dilarutkan secara elektrolisis, membentuk larutan kuprum sulfat. Ion kuprum terbentuk di katod menghasilkan logam kuprum yang tulen. Keberkesanan kaedah ini disebabkan oleh ketakterlarutan bendasing dalam elektrolit tersebut.
diabetes mellitusdiabetes melitusKejururawatanTiadaGangguan metabolisme karbohidrat yang mengakibatkan glukosa dalam darah tidak dapat dioksidakan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon insulin ataupun insulin yang dihasilkan itu kurang berkesan.
vitaminvitaminHerbaTiadaSekumpulan bahan organik yang penting bagi metabolisme normal, tumbesaran dan pertumbuhan jasad. Vitamin berkesan dalam kuantiti yang kecil dan amat diperlukan bagi pengekalan kesihatan. Secara umumnya, vitamin tidak dihasilkan di dalam tubuh, tetapi mesti diperoleh tersedia daripada sumber tumbuhan atau haiwan. Kekurangan vitamin akan mengakibatkan pelbagai penyakit. Contohnya, penyakit skurvi diakibatkan oleh kekurangan vitamin C.
Green RevolutionRevolusi HijauSains PolitikPolitik PerbandinganProgram meningkatkan produk pertanian yang berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi moden. Program ini dilaksanakan melalui penggunaan tanah yang optimum, benih dan baja yang berkualiti, racun yang berkesan, terusan dan sistem perparitan yang baik serta jentera yang sesuai bagi menambah baik sistem pertanian tersebut. Perancangan rapi dibuat supaya negara tersebut menghasilkan pengeluaran yang sesuai dengan sifat ekologi negara tersebut. Bagi menjayakan program ini, tenaga buruh digunakan secara optimum. Revolusi Hijau selalu dikaitkan dengan usaha negara sedang membangun yang tidak berupaya melaksanakan program industri secara berkesan. Idea mengenai revolusi ini dihasilkan oleh saintis Amerika Syarikat iaitu Norman E. Borlaug yang telah memenangi Hadiah Nobel tahun 1970 kerana ikhtiarnya yang cuba menghapuskan kebuluran dunia.
dictiondiksiKesusasteraanTiadaPemilihan dan penggunaan kata oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera, terutamanya puisi. Diksi yang baik, tepat, sesuai dan berkesan penting dalam sesebuah karya sastera bagi mengungkapkan sesuatu idea, sama ada secara bertulis ataupun secara lisan. Diksi boleh ditafsirkan contohnya sebagai abstrak atau konkrit, mudah atau rumit, formal atau tidak formal, kasar atau halus, harafiah atau kiasan, serta tepat atau kabur.
12

Kembali ke atas