Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parasiteparasitBiologiPatologiOrganisma yang sebahagian atau seluruh hidupnya memperoleh makanan berupa karbon organik daripada organisma hidup yang lain. Hasil persekutuan ini organisma lain tersebut menderita sedangkan parasit tidak bermanfaat kepada organisma yang diparasitnya. Persekutuan kedua-kedua organisma tersebut lebih merupakan hubungan langsung yang melibatkan pengambilan makanan sahaja. bd. patogen.
integrated item pawnbrokinggadaian barang sepaduEkonomiEkonomi IslamBarang yang tidak boleh diasingkan atau dipecahkan untuk dijadikan barang gadaian. Contohnya, kereta, rumah dan pakaian. Pengasingan komponen kereta umpamanya akan menyebabkan kereta itu tidak boleh digunakan. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali tidak membenarkan gadaian dilakukan secara pecahan seperti separuh rumah atau separuh kereta. Hal ini kerana penggadaian sebahagian barang secara berasingan menyebabkannya tidak bermanfaat lagi dan tidak boleh dipegang sebagai barang gadaian.
pawned item/pawned goodsbarang gadaianEkonomiEkonomi IslamBarang yang dijadikan cagaran untuk mendapatkan hutang. Barang ini merupakan jaminan pelunasan bagi hutang yang tidak dapat dibayar setelah tamat tempoh. Menurut syarak, barang gadaian mestilah terdiri daripada jenis harta bernilai, bermanfaat, halal, boleh dipegang, boleh disampaikan dan tahan lama. Barang gadaian akan dipegang oleh pegadai dan penggadai pula akan membayar upah simpan barang gadaian. Nilai barang gadaian akan menentukan jumlah hutang yang layak diperoleh dan nilainya mestilah melebihi nilai hutang untuk memastikan penggadai mampu melunaskan hutang tersebut. Contoh barang gadaian yang digunakan di Malaysia ialah emas.
pharmacological effectkesan farmakologiFarmasiFarmakologiKesan daripada pengambilan drug yang mengakibatk:an perubahan fisiologi atau biokimia di dalam tubuh. Kesan farmakologi boleh dikelaskan kepada kesan dikehendaki dan kesan tidak dikehendaki. Kesan dikehendaki selalunya merujuk: kepada drug yang memberi kesan kebaikan dan dapat merawat sesuatu penyakit. Kesan tidak dikehendaki pula merujuk: kepada kesan-kesan drug yang lain, sama ada kesan memudaratkan, kesan tidak memudaratk:an atau kesan bermanfaat. Contohnya, pengambilan rifampisin untuk merawat tuberkulosis. Selain mempunyai kesan kebaikan, iaitu dapat membunuh mikroorganisma penyebab penyakit tersebut, ia juga boleh menimbulkan kesan lain yang tidak memudaratkan, seperti menyebabkan air kencing dan najis berubah warna.

Kembali ke atas