Istilah Bahasa Melayu
cruel treatment | perlakuan kejam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan. |
inhuman treatment | perlakuan tak berperikemanusiaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain. |
torture | penderaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan. |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close