closed skill | kemahiran terkawal | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil dengan penerimaan rangsangan yang tidak berubah-ubah dan pergerakan boleh dikawal oleh pelaku. Contohnya, semasa melempar cakera, pemain perlu mengawal corak pergerakan yang akan dihasilkan dan mampu menguasai teknik lemparan yang betul. |
ceteris paribus | ceteris paribus | Ekonomi | Tiada | Frasa Latin yang bermaksud hal atau faktor lain tidak berubah. Ceteris paribus ialah andaian penting dalam analisis ekonomi yang menunjukkan kesan perubahan satu atau beberapa pemboleh ubah bebas, sementara pemboleh ubah bebas yang lain adalah tetap. Misalnya, kesan perubahan harga terhadap permintaan sesuatu barang dengan andaian bahawa faktor-faktor lain termasuk pendapatan adalah tetap. |
tidal marsh | rawang pasang surut | Sains Marin | Tiada | Rawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini. |
indeterminate error | ralat tak tentu | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang tidak dapat ditentukan dan tidak dapat dikawal. Ia biasanya mempunyai magnitud dan arah yang berubah-ubah daripada satu pengukuran dengan pengukuran yang lain. Ralat ini juga sebagai ralat rawak. |
open skill | kemahiran luar kawal | Sains Sukan | Biomekanik | Kemahiran yang dihasilkan berdasarkan kriteria persekitaran yang dinamik, dengan penerimaan rangsangan yang sentiasa berubah- ubah dan tidak dapat dikawal oleh pelaku. Contohnya, reaksi pemain badminton apabila menerima hantaran bola tanggung daripada pihak lawan. Pemain tersebut ingin melakukan pukulan smesy tetapi dia tidak dapat meramal sama ada pukulan tersebut mampu mematikan bulu tangkis pihak lawan atau tidak. |
single grade oil | minyak satu gred | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred. |
mood | mood | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan fikiran atau perasaan penulis yang menyelubungi pengkaryaannya. Mood kadangkala ditukar ganti dengan nada kerana cakupannya meliputi sikap pengarang terhadap subjek yang ditanganinya, tetapi dibezakan sedikit dengan suasana kerana tidak meliputi aspek latar dan perincian fizikal. Mood pengarang boleh berubah-ubah, sesuai dengan perubahan keadaan fikiran atau perasaan watak yang berlaku dalam cerita. Istilah mood berasal daripada Inggeris lama yang bermaksud �hati, perasaan, fikiran dan semangat�. |
knock | ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin. |
sign | tanda | Kesusasteraan | Tiada | Unit komunikasi yang paling asas. Unit ini berbentuk linguistik (huruf atau perkataan) atau bukan linguistik (baju, gambar, atau apa-apa yang boleh dianggap mempunyai makna). Sesuatu tanda pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang makna, melainkan pengguna mengiktirafnya sebagai suatu tanda. Maksud sesuatu tanda perlu dipelajari oleh pengguna dan nilai tanda boleh berubah-ubah. Penanda dan petanda saling berkait. Penanda merujuk kepada kosa kata, manakala petanda merujuk kepada entiti atau idea yang dihubungkannya. Contohnya, perkataan kucing ialah tanda yang mengandungi penanda yang membentuk kata kucing, dan petanda ialah imej mental seekor binatang dalam minda pembaca. Penanda tidak terhad kepada kosa kata sahaja, tetapi juga merangkumi sebarang sistem yang memberi makna termasuklah lukisan, sistem lampu trafik, dan bahasa isyarat. Kritikan semiotik dalam sastera banyak memanfaatkan konsep tanda ini. Tanda dalam bahasa Latin bermaksuk �nota� atau �simbol�. |
ambiguity | ambiguiti | Kesusasteraan | Tiada | Penjamakan makna yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perkataan, frasa, ayat atau idea boleh memiliki atau menghasilkan lebih daripada satu maksud atau berbilang maksud, sehingga maksudnya yang sebenar menjadi kabur atau tidak dapat dipastikan dengan tepat. Pada awal perkembangannya, kehadiran ambiguiti khususnya dalam puisi tidak disenangi oleh kebanyakan penulis kerana menimbulkan kekaburan. Namun, Willian Empson dalam bukunya Seven Types of Ambiguity (1930) mengatakan bahawa kehadiran ambiguiiti dalam puisi dalam kewajarannya. Ambiguiti dikatakan dapat memperluas cakupan maksud sesebuah puisi kerana kehadirannya memungkinkan pembaca mentafsirkan pelbagai lapisan makna dalam puisi tersebut. Ambiguiti dalam bahasa Latin bermaksud �berubah-ubah� atau �tidak pasti�. Ambiguiti dikenali juga sebagak �ketaksaan�. |