on-the-pump | pada pam | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Sifat telaga yang sedang dipam untuk mengeluarkan bendalir dari alam lubangnya dengan menggunakan sistem pengepaman. 2) Aliran telaga minyak yang tidak boleh mengalir secara semula jadi tetapi memerlukan bantuan peralatan pengepaman untuk mengalirkannya. |
sex pheromone | feromon seks | Veterinar | Praklinikal | Sebatian kimia semula jadi yang terdapat pada semua serangga; haiwan dan manusia. Penghasilan feromon seks adalah secara spontan dan hampir tidak boleh dikawal. Feromon seks sangat penting untuk kemandirian spesies; pengenalpastian dan pengisyaratan minat terhadap pasangan. Feromon seks dikesan melalui organ vomeronasum pada hidung. Feromon seks merangsang hipotalamus; iaitu pusat emosi melalui penghantaran isyarat tarikan dan kemahuan. Kesannya ialah tarikan pengawanan antara pasangan secara naluri. Pada musim pengawanan; anjing betina merembeskan feromon seks untuk menarik perhatian anjing jantan dari jarak yang jauh. |
carbon dioxide | karbon dioksida | Biologi | Ekologi | Gas yang tidak berwarna, tidak beracun dan tidak berbau, yang hadir secara semula jadi di atmosfera dalam peratus yang rendah. Tumbuhan hijau menggunakannya untuk proses fotosintesis sementara haiwan mengeluarkannya semasa bernafas. Karbon dioksisa terhasil daripada pembakaran bahan api fosil. Karbon dioksida yang berlebihan boleh meningkatkan suhu udara. |
compression failure | kegagalan mampatan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | kegagalan akibat mampatan berlebihan yang selari pada arah ira, sama ada secara langsung atau kerana lenturan. Kegagalan mampatan semula jadi boleh berlaku pada pokok yang masih hidup, akibat tegasan dalaman yang disebabkan oleh hujan, salji atau tumbuhan tidak sekata. Kegagalan wujud sebagai retak-retak halus merintangi ira, dan gentian akan patah secara melintang. Kegagalan ini sukar dikesan sehingga kayu diketam. |
tracer, ideal | perunut unggul | Hidrologi | Tiada | Perunut yang boleh dikesan dalam kepekatan yang sangat rendah, hampir tiada terdapat dalam air semula jadi dan tidak bertindak balas dengannya, tidak diserap oleh medium berliang dan tidak merubah sifat air. Perunut ini dimasukkan ke dalam air untuk menjejak atau mengukur aliran air. |
macro environment | persekitaran makro | Pengurusan | Perancangan | Faktor persekitaran umum yang berada di luar lingkungan medan operasi sesebuah organisasi yang boleh menjejaskan kedudukan perniagaan organisasi tersebut dan industri yang berkaitan. Faktor ini terdiri daripada beberapa aspek yang tidak boleh dikawal oleh sesuatu entiti, malah dipengaruhi oleh pelbagai pihak yang terlibat. Contohnya, kesan daripada aspek politik, ekonomi, sosiobudaya, teknologi, persekitaran semula jadi, dan perundangan kepada sesebuah organisasi perniagaan dan industri. Banding persekitaran mikro. |
natrual clay | lempung semula jadi | Kejuruteraan | Petroleum | Lempung yangdijumpai semasa penggerudian berbagai-bagai jenis formasi, dan lempung ini masuk bergabung ke dalam lumpur penggerusian. “Hasil” setiap lempung semula jadi ini mungkin sangat jauh berbeza daripada yang lain dan sebahagian daripada lempung ini boleh dibiarkan bergabung dengan sistem lumpur tetapi sebahagian lagi tidak boleh dan mesti dipisahkan daripada sistem lumpur tersebut. |
budget cuts | potongan belanjawan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kurangan yang dilakukan ke atas peruntukan kepada sesuatu pihak seperti jabatan kerajaan atau organisasi tertentu berbanding dengan jumlah yang diterima dari tahun sebelumnya kerana sesuatu sebab. Potongan boleh jadi dilakukan kerana kurangnya desakan keperluan bahagian tersebut atau mungkin juga kerana kekurangan belanjawan keseluruhan negara tersebut. Kekurangan belanjawan boleh membawa kepada sesuatu krisis apabila pihak yang menjadi mangsa tidak dapat menerima keputusan tersebut seperti angkatan tentera yang merupakan satu institusi yang sangat berpengaruh di negaranya. |
pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
abstract | abstrak | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan reka bentuk atau gambaran fizikal sesuatu karya seni atau seni bina yang diolah secara tidak nyata daripada sumber asal. Pemerhatian terhadap alam semula jadi misalnya, boleh menjadi sumber ilham dalam menghasilkan rekaan bangunan yang mempunyai ciri-ciri abstrak. Contohnya, Menara Telekom Malaysia ialah reka bentuk seni bina yang dicetuskan daripada ilham pucuk rebung. |