incontestible period | tempoh tidak boleh runding | insurans | Tiada | Selepas sesuatu tempoh tertentu, insurer tidak boleh membatalkan polisi sekiranya tidak ada bukti yang menunjukkan insured cuba menipu melalui pemberian keterangan yang tidak betul atau menyembunyikan fakta. |
unbankable | tidak boleh dibankkan | Ekonomi | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh bank. |
noninsurable risk | risiko tidak boleh insurans | insurans | Tiada | Risiko yang tidak boleh diukur dengan tepat mengikut kaedah aktuari atau risiko yang mempunyai kebarangkalian kerugian yang amat tinggi. |
irrevocable beneficiary | waris tidak boleh batal | insurans | Tiada | Waris yang tidak boleh ditukar tanpa kebenarannya. |
irrevocable beneficiary | waris tidak boleh batal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Waris yang tidak boleh ditukar tanpa kebenarannya. |
noncancellable policy | polisi tidak boleh batal | insurans | Tiada | Kontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh insured. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh insured atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja. |
incontestible clause | fasal tidak boleh tanding | insurans | Tiada | Fasal dalam polisi insurans harta dan kesihatan yang menetapkan bahawa selepas polisi berkuat kuasa selama tempoh yang ditetapkan, biasanya dua tahun, insurer tidak boleh lagi mempersoalkan pernyataan dalam borang permohonan. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�. |
account payee only | akaun penerima sahaja | Ekonomi | Tiada | Arahan tentang cek tertentu yang sifatnya hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima, tidak boleh dipindahkan, atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan serta-merta. Sinonim cek berpalang. |
bounced cheque | cek lambung | Ekonomi | Tiada | Cek yang tidak laku atau tidak boleh ditukar dengan wang tunai oleh bank kerana wang simpanan pemilik cek tersebut dalam akaun bank tidak mencukupi. Sinonim cek tak layan. |