weather lore | kias cuaca | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kaedah ramalan cuaca yang berdasarkan pengalaman yang dinyatakan dalam bentuk puisi yang merupakan keadaan alamiah setempat. Umumnya kias cuaca bersifat tradisi dn kegunaan serta ketepatan ramalannya amat berbeza. Contohnya: "Langit pagi berwarna merah petanda cuaca tidak cerah' |
neutral soil | tanah semula jadi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tanah yang mempunyai nilai pH7.0, iaitu tidak terlalu berasid dan tidak terlalu beralkali. Pada tapak arkeologi, tanah semula jadi merujuk kepada lapisan yang tidak mempunyai budaya dan dapat dikesan berdasarkan warnanya yang amat cerah berbanding dengan warna di lapisan atas. |
lunarite | lunarit | Matematik | Tiada | Bahan bulan yang kandungannya tidak diketahui yang diandaikan membentuk kawasan cerah di permukaan bulan. |
Octans | Octans (Sesiku) | Matematik | Tiada | Buruj kecil yang tidak jelas kelihatan yang mengelilingi kutub samawi selatan. Bintangnya yang paling cerah ialah bintang magnitud keempat. Sigma Octans adalah bintang mata kasar magnitud kelima. |
macule | makul | Perubatan | Tiada | Tompok yang tidak berbintat pada kulit. Tompok ini mempunyai warna yang berbeza daripada warna kulit yang mungkin lebih cerah atau lebih gelap daripada kulit. |
chromospheric eruption | letusan kromosfera | Matematik | Tiada | Ledakan cahaya yang sangat cerah di matahari, dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. |
solar flare | suar suria | Matematik | Tiada | Ledakan cahaya yang sangat cerah di matahari, dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. |
desert soil | tanih gurun | Geografi | Tiada | Kumpulan tanih zon yang mempunyai tanih permukaan berwarna cerah yang ditindih bahan berkapur, kematu dan menunjukkan pembentukan profil yang tidak matang. |
desert soil | tanih gurun | Geologi | Tiada | Kumpulan tanih zon yang mempunyai tanih permukaan berwarna cerah yang ditindih bahan berkapur, kematu dan menunjukkan pembentukan profil yang tidak matang. |
rice grains | beberas | Matematik | Tiada | Tompok halus yang amat cerah dan beratus-ratus batu panjangnya, yang menonjol keluar dari latar belakang permukaan matahari yang lebih gelap. Tompok ini kebanyakannya kelihatan berhampiran dengan pusat cakera. Sifatnya tidak kekal, dan coraknya berubah dalam masa beberapa minit sahaja. |