nonadmitted reinsurance | reinsurans tidak dibenarkan | insurans | Tiada | Reinsurans yang tidak menyatakan kredit dalam penyata tahunan syarikat mengesid kerana reinsurer tidak dilesenkan atau tidak dibenarkan berurus niaga sesuatu lini perniagaan dalam kawasan yang tetap. |
banned botanical | herba haram | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan atau ramuan herba yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam sebarang produk herba kerana mengandungi bahan fitokimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Contohnya, spesies Aristolochia mengandungi asid aristolokik yang menyebabkan ketoksikan ginjal. |
lockdown | sekatan pergerakan | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
lockout | sekatan masuk | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
total lockdown | sekatan pergerakan penuh | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan langsung memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
green field site | tapak kawasan hijau | Pelancongan | Tiada | Kawasan yang dikenal pasti untuk ditanam dengan tumbuh-tumbuhan dan tidak dibenarkan untuk menjalankan kegiatan pembangunan yang berat. |
nuclear security | sekuriti nuklear | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event. |
partial lockdown | sekatan pergerakan separa | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan, tetapi masih dibenarkan untuk perkara-perkara tertentu seperti operasi perkhidmatan perlu. |
design basis threat (DBT) | ancaman reka bentuk asas | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sifat khusus dan ciri-ciri musuh dalaman dan/atau luaran yang berpotensi untuk cuba melakukan pemindahan yang tidak dibenarkan atau mensabotaj sistem perlindungan fizikal yang direka bentuk dan telah dinilai. |
paternalism | paternalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menekankan sistem pemerintahan yang memberi kuasa tertinggi kepada pemimpin untuk menguruskan masyarakat. Masyarakat ditadbir sebagai sebuah keluarga apabila pemimpin menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan asas. Dalam sistem ini, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan kedudukan pemerintah, menuntut hak yang lebih dan bercakap soal politik. Hak sivil dalam masyarakat ini terkongkong walaupun mereka mendapat pelbagai kemudahan. Contohnya, sistem pemerintahan yang diamalkan di negara Arab Saudi. |