transpontine melodrama | melodrama kasar | Kesenian | Drama dan Teater | Corak melodrama yang tidak halus dari segi pengolahan dialog yang cenderung kepada nada sindiran. |
doggerel | puisi subal | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang buruk, tidak teratur, kasar atau tidak halus gubahannya. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, b |
no-fines concrete | konkrit tanpa agregat halus | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit yang tidak mengandungi agregat halus. Ketiadaan agregat halus ini, menyebabkan konkrit jenis ini mempunyai rongga-rongga dan kekuatannya pun rendah. |
gigi gadang | gigi gadang | Kesenian | Tiada | Gigi jentera halus yang ke-6 hingga ke-20, di kiri dan kanan jentera yang menjadi laluan 3 urat benang lungsin bagi setiap antara gigi tersebut. Istilah ini bergantung pada teknik tenun kain, biasanya dalam teknik tenun halus tidak diamalkan. |
protura | protura | Biologi | Entomologi | Serangga halus yang tidak berkepak, panjangnya 1-2 mm, tidak mempunyai mata atau sesungut, tetapi mempunyai bahagian mulut untuk menusuk yang disimpan di dalam kantung dan dapat dikeluarkan ketika makan. Serangga ini hidup di bawah kulit kayu dan batu, atau di dalam tumbuh-tumbuhan reput. |
loess | loes | Biologi | Ekologi | Endapan yang homogen, tidak berlapis, tidak keras, dan terdiri, terutamanya daripada kelodak dengan sedikit pasir halus dan/atau selut. |
submicroscopic | submikroskopik | Biologi | Mikrobiologi | Istilah yang merujuk kepada sesuatu yang halus, yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ataupun dengan bantuan mikroskop cahaya. |
pigment | pigmen | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Serpihan pepejal halus yang tidak terlarut dalam larutan pembawa yang terdapat dalam cat. Pigmen seperti titanium dioksida, krom hijau, karbon hitam, dan ferum oksuida dapat memberikan warna dan kelegapan kepada lapisan cat. Pigmen lengai dapat mengubah sifat kekerasan dan kilat cat tanpa mengubah warna kayu. |
dust (D) | debu (D) | Biologi | Patologi | Perumusan pestisid dalam bentuk zarah halus berdiameter tidak melebihi 30 um, dan digunakan dalam keadaan kering menggunakan pendebu. |