Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Ada satu anak Semarang,
     Pakai cukin kain jarang;
Kalau tidak tunas di batang,
     Pokok yang mana boleh dicabang?


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zombie learnerpelajar zombiTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang pasif, iaitu kurang berinteraksi, kurang berminat dan tidak cakna dalam sesi pembelajarannya, serta jarang-jarang meneroka alat pembelajaran.
autotetraploidyautotetraploidiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan atau organisma yang mempunyai empat salinan bagi setiap genom dalam komposisi kromosomnya. Autotetraploidi terjadi hasil penggandaan komposisi kromosom pada peringkat leluhur dan jarang-jarang berlaku pada haiwan vertebrat. Autotetraploidi boleh berlaku secara semula jadi melalui penduaan pada suatu masa dalam kitaran hidupnya, atau secara buatan melalui aplikasi haba, sejuk atau kimia kolkisin. Dengan wujudnya set tambahan kromosom, autotetraploid boleh (tetapi tidak semestinya) menjalani meiosis secara normal.
orphaned medical deviceperanti perubatan yatimPerubatanTiadaAlatan perubatan yang sudah jarang dihasilkan dan tidak disokong oleh pihak pengeluar atau pembekal disebabkan faktor kurang permintaan dan tidak lagi dipatenkan.
wild catkucing liarVeterinarTiadaKucing yang tidak pernah mempunyai hubungan dengan manusia sepanjang hidupnya. Kucing liar masih dijumpai di sebahagian besar dunia tetapi jarang ditemui kerana mereka sangat berhati-hati terhadap manusia. Terdapat pelbagai populasi kucing liar di seluruh dunia termasuklah kucing liar Eropah dan kucing liar Afrika.
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.
conflictpertikaianKesusasteraanPuisiPertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal.

Kembali ke atas