Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bricklayingpenurapan bataKesenianHiasan DalamanSeni menyusun bata dalam kerja pembinaan. Bagi binaan dinding biasa yang mudah, penyusunan bata tidak memerlukan tahap kualiti yang tinggi, bata hanya diikat bersama mortar supaya susunan menjadi tepat dan kemas.
militarismfahaman ketenteraanSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada dominasi tentera dan ketenteraan dalam sesebuah pemerintahan. Fahaman ini merendah-rendahkan pemerintahan awam dan menganggap pemerintahan tentera sahaja yang sesuai dilaksanakan dalam pentadbiran. Fahaman ini juga melambangkan pemerintahan yang agresif, keras, menggunakan undang-undang tentera dan tidak demokratik. Dalam sistem pemerintahan ini, pegawai tentera memegang jawatan penting dan orang awam dipaksa akur dengan pemerintahannya. Kebebasan dan penyertaan orang awam disekat manakala kedudukan pembangkang dan NGO sangat terbatas. Dalam kebanyakan negara yang mengamalkan fahaman ini, kedudukan pembangkang atau parti politik dan NGO politik tidak dibenarkan sama sekali. Pemerintahan secara ketenteraan ini memiliki disiplin, imej kecekapan, sepadu, patuh kepada arahan, memiliki hierarki yang jelas dan tersusun serta kemas dalam perancangan dan pengurusan logistik.

Kembali ke atas