ricket | riket | Biologi | Tiada | Penyakit pada manusia atau haiwan muda, dengan tulang tidak menjadi keras serta cacat akibat kekurangan vitamin D. |
ricket | riket | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyakit pada manusia atau haiwan muda, dengan tulang tidak menjadi keras serta cacat akibat kekurangan vitamin D. |
meiosis | ungkapan merendah | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran. Penyair mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut |
ahermatyphic coral | karang ahermatifik | Sains Marin | Tiada | Organisma karang yang merupakan sebahagian daripada komuniti karang, tetapi tidak menyumbang kepada pembinaan terumbu karang kerana tidak mempunyai struktur keras atau bahan berkapur sebagai rangka badan. Karang ini juga kadangkala dirujuk sebagai karang lembut. Contohnya, kumpulan Gorgonia seperti kipas laut, sea whip dan karang lembut yang lain. Karang ini dapat hidup di perairan yang dalam, bersuhu sejuk dan kawasan gelap. Banding karang hermatifik. |
hangover | pengar | Psikologi | Tiada | Keadaan fizikal yang tidak menyenangkan seperti pening kepala, gangguan pada perut, muntah dan sebagainya kesan daripada pengambilan alkohol secara berlebihan seperti minuman keras. |
loose end paper | kertas lapik kulit cerai | - | Tiada | Bahagian kertas lapik kulit yang tidak ditampal pada bahagian dalam kulit depan dan bahagian dalam kulit belakang sesebuah buku kulit keras. Banding pastedownend paper. |
iodine value | nilai iodin | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam gram iodin yang ditindakkan bagi seratus gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid lemak tak tepu dalam minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan dilarutkan dalam kloroform dan ditindakkan dengan larutan iodin bromida, kalium iodida dan air. Campurannya dititrat dengan natrium tiosulfat menggunakan kanji sebagai indikator. Nilai iodin diperoleh daripada ungkapan 1.269x/w iaitu x ialah perbezaan isi padu natrium tiosulfat bagi pentitratan antara bahan herba dan blank, dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai iodin piawai bagi minyak linsid dara di antara 160 - 200 dan lemak keras tidak melebihi 3.0. |
authoritarian | autoritarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang menerangkan sesebuah organisasi atau negara yang mempraktikkan undang-undang atau peraturan yang ketat dan agak keras ke atas rakyatnya. Kehidupan rakyat terikat kuat kepada autoriti pemerintah dalam pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, pergerakan sosial, pendidikan, kebudayaan dan politik. Pemerintah dalam sistem ini biasanya daripada golongan elit yang mempunyai darjah toleransi yang sangat rendah. Golongan elit ini juga menggunakan kaedah yang keras seperti menindas untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah autoritarian tidak pula berusaha mengawal ideologi politik rakyatnya, melainkan sekiranya mengancam kedudukan kuasa mereka. Contoh negara autoritarian ialah Indonesia semasa era Soeharto dan Filipina di bawah pemerintahan Marcos. |
acid value | nilai asid | Herba | Tiada | Nombor yang menyatakan jumlah dalam miligram kalium hidroksida yang diperlukan untuk meneutralkan asid bebas bagi satu gram bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran kandungan asid karboksilik yang terdapat dalam asid lemak bebas dan menandakan tahap ketengikan minyak, lemak dan lilin daripada bahan mentah dan sediaan herba. Sejumlah berat bahan herba dilarutkan dalam pelarut organik dan hasilan dititrat dengan kalium hidroksida menggunakan fenolftalein sebagai indikator. Nilai diperoleh daripada ungkapan 5.610v/w, iaitu v ialah isi padu kalium hidroksida dan w ialah berat asal bahan herba. Contohnya, British Pharmacopoeia mengehadkan nilai asid piawai bagi sediaan titisan telinga mengandungi minyak zaitun dara tidak melebihi 2.0, lemak keras tidak melebihi 0.5 dan lilin lebah putih di antara 17.0-24.0. |
chair rail | rel kerusi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Unsur yang dipasang secara melintang di permukaan dinding pada ketinggian kerusi supaya dinding tidak rosak atau tercalar akibat terkena geseran belakang kerusi. Unsur ini kebiasaannya diperbuat daripada logam atau kayu keras. |