free fit | pemasangan longgar | Kesenian | Tiada | Pemasangan yang tidak ketat dan mudah dilakukan. |
tight knot | buku ketat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Buku kayu yang terjadi bersama pertumbuhan kayu di sekelilingnya. Buku jenis ini terlekat teguh pada kedudukannya, tidak mudah tertanggal atau terkopak semasa penggergajian dan pengetaman. buku ketat tidak mengurangi mutu dan sifat kekuatan kayu. |
relaxed mutant | mutan santai | Biologi | Genetik | Sel mutan yang tidak mempunyai gerak balas yang ketat. Sel ini tidak berkeupayaan untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan kuantiti asid amino di persekitaran. |
boros | boros | Sukan | Tiada | Lilitan tali pada gasing tidak sejat atau ketat. Lihat: boros |
borot | borot | Sukan | Tiada | Lilitan tali pada gasing tidak sejat atau ketat, boros. |
cooperage | bekar | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bekas yang dibuat daripada kayu yang mempunyai dua hujung berbentuk bulat dan bahagian badannya terdiri daripada bilah papan yang diikat dengan gelang logam. Terdapat dua jenis bekar, iaitu bekar kendur yang dindingnya tidak diikat dengan ketat dan biasanya digunakan untuk mengisi bahan pepejal seperti nasi, dan bekar ketat yang dindingnya diikat dengan ketat yang digunakan untuk mengisi bahan cecair dan separa pepejal seperti taufufah. |
strict liability | liabiliti ketat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Liabiliti ganti rugi walaupun kecuaian atau kesilapan tidak dapat dibuktikan. |
tight formation | formasi ketat | Kejuruteraan | Petroleum | Formasi yang mengandungi petroleum dan/atau air yang mempunyai keliangan dan ketertelapan yang relatif rendah. Merupakan formasi yang tidak terlalu baik dari segi pengeluaran dan memerlukan perangsangan bagi meningkatkan daya pengeluarannya, jika mengandungi petroleum. |
accommodation basis | asas akomodasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan tersebut. |
accommodation line | lini akomodasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perniagaan yang diterima daripada pengantara yang biasanya tidak diterima mengikut standard pengunderaitan yang ketat tetapi diterima disebabkan oleh keuntungan keseluruhan perniagaan yang diberi oleh pengantara atau pelanggan. |