mesophyte | mesofit | Geografi | Tiada | Pokok yang tumbuh dalam keadaan bekalan air yang tidak keterlaluan. |
ma | ma | Muzik | Tiada | Kata penghubung yang digunakan untuk melengkapkan sesuatu ekspresi dinamik atau tempo. Contohnya, allegro ma non troppo yang bermaksud laju dan bertenaga tetapi tidak keterlaluan. |
depression | kemurungan | Perubatan | Tiada | Perasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh pesakit. |
depression | kemurungan | Gerontologi | Tiada | Perasaan sedih yang keterlaluan, tidak bersemangat dan letih lesu yang dialami oleh seseorang. |
unnecessary suffering | penderitaan tak perlu | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kesan peperangan yang mengakibatkan penderitaan yang keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku sehingga melampaui batas kemanusiaan. Dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa, cara berperang yang telah digariskan adalah berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Antara prinsip perang yang perlu diikuti ialah larangan penggunaan senjata dan kaedah peperangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang melampau atau penderitaan tak perlu terhadap penempur musuh. Contohnya, penderitaan yang dialami oleh mangsa perang akibat penggunaan senjata kimia adalah lebih teruk berbanding penggunaan senjata biasa. |
over reading | tafsiran berlebihan | Kesusasteraan | Tiada | Taksiran keterlaluan daripada pembaca melalui proses pembacaan. Pembacaan yang berlebih-lebihan khususnya dalam teks sastera mendorong pembaca atau pentafsir mencari makna yang tidak hadir dalam teks tersebut, atu berasaskan fantasinya semata-mata. Menurut pengkritik William Empson, unsur ketaksaan dalam teks yang dikaji secara keterlaluan boleh menjurus kepada tafsiran yang berlebih-lebihan ini. |
asbestos | asbestos | Kimia | Tiada | Kumpulan mineral magnesium silikat tak tulen yang bergentian. Asbestos tidak mudah terbakar, tidak aktif dari segi kimia dan mempunyai rintangan elektrik yang tinggi. Bahan ini digunakan sebagai penebat haba, penebat elektrik, bahan kalis api dan pelapik gasket. Bagaimanapun, kegunaan asbestos agak terhad kerana pendedahan yang keterlaluan terhadap bahan ini boleh menyebabkan asbestosis dan kanser. |
emotional disorder | gangguan emosi | Pendidikan | Tiada | Keadaan yang menunjukkan reaksi emosi yang tidak sesuai. la juga merujuk kepada tingkah laku yang keterlaluan atau tingkah laku menyisihkan diri. Sinonim emotional disturbance. |
tautology | tautologi | Kesusasteraan | Tiada | Pengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�. |
troppo | troppo | Muzik | Tiada | Troppo bermaksud terlalu banyak dan keterlaluan. Contohnya, allegro ma non troppo yang bermaksud bertenaga tetapi tidak keterlaluan daripada bahagian pembukaan Sonata G major, Op. 49, No. 2 oleh Beethoven. |