gravitational instability | ketakstabilan graviti | Matematik | Tiada | Kecenderungan sesuatu medium tak sekata yang melebihi saiz genting, lama-lama menjadi semakin tidak sekata lagi disebabkan oleh tarikan graviti yang dianggap sebagai proses pembentukan galaksi. |
desuetude | pupusan | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang telah lama ditinggalkan, tidak diamalkan lagi, tidak berfungsi dan pupus sama ada peraturan atau adat istiadat. |
archaic spelling | ejaan kuno | Kesusasteraan | Tiada | Ejaan lama atau usang yang tidak lagi digunakan pada masa kini. Contoh: untuk puja dan untuk bumi. |
poetic diction | diksi puitis | Kesusasteraan | Tiada | Kata atau frasa lama yang sudah tidak terpakai lagi kira-kira seabad. |
old snow | salji lama | Sains | Hidrometeorologi | Salji termendap yang penukarannya kepada firm sudah begitu maju sehinggakan bentuk asal hablur aisnya tidak dapat dicam lagi. |
Climax | Klimaks | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan ekologi yang telah sampai kepada puncak kestabilan dan berkemungkinan tidak akan berlaku perubahan lagi. Contohnya, populasi tumbuhan dan haiwan sesuatu kawasan yang telah melalui proses perubahan yang berkurun lama akan sampai ke suatu klimaks bergantung kepada iklim kawasan itu. Keadaan klimaks akan tercapai jika tiada gangguan daripada manusia dan hanya faktor semula jadi yang mempengaruhi perubahan. |
dead | mati; sudah guna | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan logam lebur yang pekat dan likat kerana tidak cukup terlebur atau berada terlalu lama di dalam centong.,2. Komputer atau alat lain yang tidak berfungsi.,3. Kawasan enapan yang telah mengenap sepenuhnya dan besar kemungkinannya tidak akan bergerak lagi.,4. Ruang tertutup yang mempunyai tempoh penggemaan yang jauh lebih kecil daripada biasa apabila dilihat daripada segi saiz dan keperluan-keperluan rakaman.,5. Bahan binaan yang telah merosot. |
non-persistent | tak kekal | Biologi | Patologi | 1. Sifat virus yang boleh ditularkan ke tumbuhan sihat dan berupaya menyebabkan penyakit serta-merta atau beberapa jam sahaja setelah diperoleh daripada tumbuhan sakit oleh vektor. 2. Sifat ramuan aktif pestisid yang tidak tahan lama setelah digunakan kerana ia mudah terurai oleh bagai-bagai faktor, misalnya cuaca, biologi dan lain-lain lagi. bd. tekal. |
batik | batik | Kesenian | Tiada | 1. Corak pada kain yang pada dasarnya dihasilkan dengan menggunakan lilin sebagai penahan warna dan dicelup dalam larutan warna. Pada peringkat awal dahulu, corak ini bermula dengan bentuk titik, tetapi lama-kelamaan telah berubah dari segi coraknya, malah kini, dari segi tekniknya, terdapat batik yang tidak perlu menggunakan lilin dan celup warna lagi, iaitu hanya menggunakan stensil atau skrin. |
one-time-use password | kata laluan sekali guna | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kata laluan yang ditukar selepas setiap sesi log masuk berjaya dilakukan. Penukaran ini dilakukan apabila terdapat kemungkinan besar kata laluan tersebut dipintas oleh pengguna hasad. Apabila log masuk berjaya dilakukan, kata laluan akan ditukar oleh pengguna atau dijanakan secara rawak oleh penjana kata laluan. Seterusnya, kata laluan yang lama akan dibatalkan dan menyebabkannya tidak berguna lagi kepada pengguna hasad. |