blue smoke | asap biru | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gas ekzos berwarna kebiru-biruan yang disebabkan pemba- karan minyak pelincir yang terlepas masuk ke dalam kebuk pembakaran dan bergabung dengan campuran udara-bahan api. Keadaan ini berlaku apabila gegelang omboh tidak boleh beroperasi sebagai pengendap yang sempurna. Minyak pelincir juga boleh memasuki kebuk pembakaran melalui pandu injap. |
in transit | dalam transit | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Barang atau produk dalam persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), dalam transit didefinisikan sebagai pengambilan atau penghantaran produk berdaftar dari mana-mana negara yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, udara atau air, sama ada mendarat atau tidak, dipindah atau tidak di Malaysia, dengan tujuan untuk dibawa ke negara lain sama ada dengan kaedah pengangkutan yang sama atau lain tidak tertakluk kepada kawalan pengimportan. |