anaplasia | anaplasia | Perubatan | Tiada | Keadaan kembalinya sel kepada bentuk atau keadaan yang lebih ringkas dan tidak matang. |
anaplastic cell | sel anaplastik | Perubatan | Tiada | Sel yang kembali kepada bentuknya yang lebih ringkas dan tidak matang. |
reticulocyte | retikulosit | Bioteknologi | Tiada | Eritrosit tidak matang yang terbentuk daripada eritroblas. Eritrosit ini tidak bernukleus, mempunyai sitoplasma bak jaring, dan dapat diwarnakan dengan pewarna bes. |
paedogenesis | pedogenesis | Bioteknologi | Tiada | Pembiakan yang berlaku pada peringkat muda atau larva. Istilah ini juga merujuk kepada penghasilan spora dalam kulat yang tidak matang. |
immature apex | apeks tak matang | Pergigian | Tiada | Hujung akar gigi yang belum terbentuk sepenuhnya. Hujung apeks yang tidak matang ini berkeadaan terbuka. Proses kematangan apeks mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk erupt sepenuhnya dalam mulut. |
desert soil | tanih gurun | Geografi | Tiada | Kumpulan tanih zon yang mempunyai tanih permukaan berwarna cerah yang ditindih bahan berkapur, kematu dan menunjukkan pembentukan profil yang tidak matang. |
desert soil | tanih gurun | Geologi | Tiada | Kumpulan tanih zon yang mempunyai tanih permukaan berwarna cerah yang ditindih bahan berkapur, kematu dan menunjukkan pembentukan profil yang tidak matang. |
cotton nep | gentian kapas kusut | Sosiologi | Tiada | Serat kapas yang bersimpul dan kusut kerana serat yang tidak matang atau kerja pengeluaran yang tidak sempurna. |
scrub vegetation | tumbuhan semak-samun | Geografi | Tiada | Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan iklim separa gersang yang telah terubahsuai kepada keadaan kemarau dan kekurangan air dan juga tanih yang tidak matang. |
sp. | sp. | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kependekan bagi perkataan spesies. �sp.� digunakan selepas nama genus untuk menunjukkan bahawa identiti tumbuhan tersebut belum dapat dikenal pasti. Nama tumbuhan ditulis seperti Hopea sp. (merawan). Hal ini berlaku apabila sampel tumbuhan yang dikutip tidak matang atau identiti tumbuhan tidak boleh dikenal pasti dengan tepat pada peringkat spesies. |