laches | kelengahan | Undang-undang | Tiada | Kelengahan yang tidak munasabah dalam menguatkuasakan hak di sisi ekuiti. |
unreasonable | tidak munasabah | Undang-undang | Tiada | Berkaitan dengansesuatu yang tidak wajar, tidak sesuai atau melebihi apa yang patut. |
cut-off | penggalan | Fizik | Moden | Teknik yang digunakan apabila sumbangan terhadap nilai kuantiti fizik yang diberikan oleh kamiran ke atas perubah tertentu tidak munasabah, terutama apabila sumbangan tak terhingga. |
tall tales | cerita karut | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita lucu yang menggunakan unsur-unsur kejadian sebenar dan diceritakan kembali sehingga menjadi cerita yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal. Contoh: cerita Selempang Merah dan cerita Datok Bahaman menyeberangi sungai Pahang. |
farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |
deprival of pawn right | pelucutan hak gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kehilangan hak penggadai terhadap barang gadaian yang meliputi hak milik, hak pengurusan dan hak penebusan. Kehilangan hak berlaku sekiranya penggadai melakukan penipuan, memberi maklumat palsu atau memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak munasabah. Oleh itu, barang gadaian tersebut menjadi hak milik pegadai. |
redemption right | hak penebusan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kuasa menebus semula barang gadaian. Penggadai boleh menebus barang gadaiannya sendiri atau memberi kuasa kepada wakilnya. Penebusan ini boleh dilakukan sebelum atau pada tamat tempoh gadaian. Hak penebusan ini akan terlucut sekiranya penggadai melakukan penipuan, memberi maklumat palsu atau memberi penerangan yang tidak jelas dan tidak munasabah. Hak penebusan ini juga terlucut setelah tamat tempoh notis peringatan terakhir penebusan. |
maximum probable loss | kerugian mungkin maksimum | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jumlah kerugian maksimum yang dianggarkan akan berlaku bagi sesuatu peristiwa yang dianggap di dalam lingkungan kebarangkalian. Ia tidak mengambil kira peristiwa kebetulan yang munasabah tetapi tidak mungkin berlaku. Sinonim: probable maximum loss. |
probable maximum loss | kerugian maksimum mungkin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jumlah kerugian maksimum yang dianggarkan akan berlaku bagi sesuatu peristiwa yang dianggap di dalam lingkungan kebarangkalian. Ia tidak mengambil kira peristiwa kebetulan yang munasabah tetapi tidak mungkin berlaku. |
peremptory certiorari | certiorari terus | Undang-undang | Tiada | Certiorari yang dikeluarkan serta-merta oleh mahkamah apabila afidavit responden tidak menunjukkan alasan munasabah bagi menentang pemberian certiorari itu. |