mutually exclusive | saling eksklusif | Matematik | Tiada | Hubungan peristiwa yang tidak boleh berlaku serentak, iaitu jika suatu peristiwa terjadi, tidak mungkin peristiwa yang lain juga akan terjadi. Misalnya, apabila sebuah dadu dilambung, jika permukaan nombor 1 yang kelihatan di atas, tidak mungkin permukaan nombor yang lain juga kelihatan di atas. Peristiwa mendapat nombor 1 dan peristiwa mendapat nombor 3 adalah saling eksklusif. |
lost work | kerja hilang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kerja yang tidak mungkin diperoleh daripada sesuatu proses disebabkan oleh keadaan ketakbolehbalikan. |
luxury goods | barang mewah | Geografi | Tiada | Barangan yang berharga tinggi dan tidak mungkin diperoleh oleh masyarakat biasa. |
idealism | idealisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman dalam kesusasteraan, menilai sesuatu dari kesempurnaannya sahaja, walaupun ia tidak mungkin wujud dalam alam nyata atau bentuk pemikiran yang subjektif dengan segala keindahan yang dilebih-lebihkan daripada yang sebenarnya. |
second law of Kelvin-Planck | hukum kedua Kelvin-Planck | Fizik | Haba | Hukum yang menyatakan bahawa suatu kitaran tidak mungkin mengambil haba daripada takungan dan menukar keseluruhan tenaga haba ini kepada tenaga kerja tanpa menghasilkan sebarang kesan lain pada setiap kitaran tersebut. |
closed indexing system | sistem pengindeksan tertutup | Perpustakaan | Tiada | Sistem pengindeksan yang terdiri daripada senarai penentuan atau senarai Istilah Terkawal yang tidak mungkin boleh diperluaskan istilahnya untuk kegunaan kerja-kerja pengindeksan. |
second law of thermodynamics | hukum termodinamik kedua | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menyatakan bahawa jika perubahan entropi negatif, proses semula jadi tidak mungkin berlaku. Perubahan entropi DS bagi proses semula jadi adalah positif dan hanya sifat bagi keadaan keseimbangan sahaja, iaitu DS > 0. |
system | sistem | Perubatan | Tiada | Satu siri bahagian tertentu tubuh yang saling berhubungan atau bergantungan antara satu sama lain, yang berfungsi bersama untuk menghasilkan kesan yang sama. Kesan ini tidak mungkin tercapai jika bahagian tersebut berfungsi secara sendirian. Misalnya, sistem saraf, sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular. |
perpetual motion | gerakan kekal | Fizik | Mekanik | Gerakan yang akan berterusan melakukan kerja yang berguna tanpa bekalan tenaga dari sumber luar. Gerakan begini menyalahi hukum pertama termodinamik dan oleh itu tidak mungkin terjadi. |
rod back-off wheel | roda undur balik rod | Kejuruteraan | Petroleum | Peranti yang digunakan untuk melonggarkan serta menanggalkan rod pada sistem pengepaman rod penyedut apabila pam tersebut tersendat, terhenti atau apabila telaga tidak mungkin berpengeluaran lagi disebabkan kehabisan rezab minyak. |