Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marginalizationketerpinggiranSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan.
cognitive meaningmakna kognitifKesusasteraanTiadaTafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat �matahari terbit dari timur�. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat �matahari ini sungguh menyeksakan� ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif.
peasant societymasyarakat taniSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang bergantung kepada pertanian sama ada dengan bercucuk tanam atau menternak binatang. Mereka memiliki tanah yang kecil di Iuar bandar dan hidup susah dengan pendapatan yang kecil. Golongan tani yang menyewa tanah masih tergolong dalam masyarakat ini dan mereka turut diberi kebebasan untuk menjual sendiri hasil tani mereka. Masyarakat tani merupakan kelas bawahan yang turut tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik. Dalam konteks pemikiran Marx, golongan ini dianggap tidak penting kerana beliau hanya melihat buruh sebagai pendorong kepada perubahan. Walau bagaimanapun Mao Tse Tung telah membuktikan bahawa petani juga boleh membawa perubahan sosial dan politik dengan melancarkan revolusi komunis di China.
absenceketidakhadiranKesusasteraanTiadaKelompangan yang wujud dalam sesebuah teks sastera. Pada zahirnya, sesebuah teks dilihat sebagai sebuah entiti yang lengkap, tetapi sebenarnya terdapat beberapa kelompongan. Hal ini demikian kerana pemilihan perkataan oleh pengarang menyebabkan perkataan lain terpaksa dilenyapkan. Apabila terbitnya karya Pierre Macherey bertajuk Pour une Theorie de la Production Litteraire yang diterjemahkan sebagai A Theory of Literary Production, konsep ketidakhadiran ini semakin mendapat perhatian para pengkritik. Menurut Macherey, setiap perkataan yang dipilih oleh karyawan tertera dalam sesebuah teks, bermakna perkataan lain terpaksa dinyahkan. Jacques Derrida pula berpendapat bahawa setiap garapan oleh pengarang dipilih berdasarkan kehadiran khalayak dan pilihan tersebut bertujuan membawa khalayak kepada ideologinya. Perbuatan mengesan kelompangan dalam sesebuah teks merupakan strategi untuk menyelongkar ideologi teks tersebut. Sigmund Freud menamakan ketidakhadiran ini sebagai The Unconscious, iaitu penganalisis boleh membongkar psikologi di sebalik kelompongan teks. Contohnya dalam Sejarah Melayu, suara wanita tidak kedengaran. Situasi ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa wanita tidak penting dalam pembentukan kerajaan Melayu, tetapi jika diteliti, ketidakhadiran wanita tersebut akan dapat mendedahkan ideologi patriarki feudalisme ketika itu.
ellipsiselipsisKesusasteraanTiadaPenghilangan satu atau lebih perkataan dalam sesuatu ayat. Elipsis juga bermaksud ketiadaan perkataan tertentu yang penting dalam pembentukan sesuatu ayat yang sempurna. Biasanya, elipsis terdapat dalam puisi kerana sifat puisi yang memerlukan kepadatan perkataan. Dalam konteks sastera kreatif, penghilangan kata tersebut tidak begitu penting dalam memperjelas makna atau isi karya. Elipsis juga wujud dalam bentuk tanda tiga titik yang berturutan, contohnya ..., yang menandakan pengguguran kata dalam teks.
lame duckkedudukan lemahSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesar�s Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup sendiri�. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir.
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�.
glycosaminoglycan (GAG)glikosaminoglikan (GAG)FizikNanoteknologiPolisakarida panjang tidak bercabang yang terdiri daripada sambungan berbilang unit disakarida. GAG merupakan komponen penting untuk menyambung tisu. GAG yang diikat secara kovalen pada protein akan membentuk proteoglikan. Contoh GAG ialah kondroitin sulfat, dermatan sulfat dan keratan sulfat.
implied warrantywaranti tersiratinsuransTiadaWaranti dalam polisi insurans yang tidak dinyatakan tetapi pematuhan terhadap waranti ini adalah penting dalam menentukan kesahihan kontrak insurans berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab insured untuk mematuhi waranti ini.
12345678

Kembali ke atas